Anda di sini

Tambahan empat kapal peronda

Advertisement

Antara usaha meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah

 Zahiruddin melakukan pemeriksaan kawalan kehormat semasa perbarisan tahunan itu.
PERIKSA: Zahiruddin melakukan pemeriksaan kawalan kehormat semasa perbarisan tahunan itu.

KOTA KINABALU: Empat kapal peronda generasi baharu (PV) akan ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sabah.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata dengan penambahan empat lagi aset itu menjadikan pangkalan Armada Timur mempunyai enam aset utama secara keseluruhan.

Kita akan menerima dua aset pertama tahun ini masing-masing Kapal Diraja (KD) Selangor yang dijangka tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar Sabtu ini manakala KD Kelantan akan sampai pada Mac.

Baki dua lagi kapal jenis sama iaitu KD Pahang dan KD Terengganu dijangka akan diperolehi tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program ‘Admiral On Deck’ di sini pada Selasa.

Zahiruddin berkata buat masa ini, Pangkalan Armada Timur mempunyai dua kapal peronda iaitu KD Kedah dan KD Perak.

Tambahnya, 18 kapal misi pesisir (LMS) juga akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan serta Bintulu, Sarawak.

Perjanjian pembelian kapal akan siap dalam tempoh dua tahun. Empat daripada kapal berkenaan kini sedang dalam proses pembinaan di China,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM20 juta kepada TLDM Kota Kinabalu.

Katanya dana itu adalah untuk melaksanakan beberapa projek bagi kesejahteraan dan kebajikan pegawai serta anggota di Armada Timur.

Advertisement