Anda di sini

Program Jelajah MARA dekati usahawan DUN Kuala Rajang

Advertisement
 Abdul Rahman  (dua kiri) bersama Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN N.41 Kuala Rajang di Sarikei Alif Omar Yunus (kiri) menjelajah ke premis perniagaan usahawan tempatan di kawasan Zon Tanjung Manis, semalam.
DEKATI PENIAGA: Abdul Rahman (dua kiri) bersama Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN N.41 Kuala Rajang di Sarikei Alif Omar Yunus (kiri) menjelajah ke premis perniagaan usahawan tempatan di kawasan Zon Tanjung Manis, semalam.

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) Cawangan Sarikei memulakan inisiatif untuk mendekati peniaga tempatan dengan menganjurkan program Jelajah MARA dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.

Pegawai MARA Daerah Sarikei Abdul Rahman Ibrahim berkata, bermula 11 Januari lalu pihaknya dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N.41 Kuala Rajang telah menjelajah ke premis perniagaan di Zon Tanjung Manis membabitkan kawasan Rajang, Tanjung Manis, Jerijeh, Semalau dan Belawai.

Bagi tempat lain dalam DUN Kuala Rajang termasuk Sarikei pula, kata beliau, pihaknya akan turut mengunjungi premis perniagaan usahawan tempatan di kawasan tersebut selepas ini.

Dengan menggunakan kaedah mengunjungi terus premis perniagaan, saya yakin program ini mampu mencapai objektifnya untuk membantu usahawan meningkatkan perniagaan mereka ke pasaran lebih tinggi.

Malah, ia dapat merapatkan jaringan antara agensi kerajaan dengan peniaga tempatan tanpa membebankan mereka untuk menghadiri kursus dan sebagainya,” kata beliau ketika ditemui Utusan Borneo, semalam.

Beliau mengakui DUN Kuala Rajang mempunyai ramai usahawan tempatan yang terlibat dalam penghasilan pelbagai jenis produk unik seperti sesar unjur, Songket Tenun Rajang dan kuih-muih kering.

Semoga dengan peluang ini akan dapat membantu peniaga terbabit ke arah sektor keusahawanan yang lebih produktif dan berdaya saing,” katanya.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman memberitahu program Jelajah MARA itu bertujuan membantu peniaga tempatan dalam sektor keusahawanan. 

Oleh itu, katanya, pelbagai maklumat dan penerangan mengenai peluang pinjaman serta geran dan tatacara untuk meningkatkan hasil peniagaan akan dikongsikan kepada peniaga tempatan. 

  • oleh
  • Advertisement