Anda di sini

Kastam Sabah rampas minuman keras, rokok bernilai lebih RM10j

Advertisement
 Zulkifli (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas ketika mengadakan sidang media mengenai kes tangkapan dan rampasan minuman keras dan rokok di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama
TUMPAS: Zulkifli (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas ketika mengadakan sidang media mengenai kes tangkapan dan rampasan minuman keras dan rokok di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas minuman keras dan rokok bernilai kira-kira RM10.13 juta termasuk cukai dalam tiga kes berasingan di Sabah dari 8 hingga 12 Januari lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Zulkifli Yahya berkata, dalam kes pertama, agensi itu merampas 1,076 karton minuman keras jenama ‘Cool Beer’ dari sebuah lori yang dile-takkan di belakang deretan kedai di Taman Kasugui 3, Penampang pada 8 Jan lalu, kira-kira jam 9.10 malam.

Katanya, pihak kastam sedang giat mengesan syarikat pemilik lori berkenaan untuk membantu siasatan. 

Menurut Zulkifli, pada 12 Januari, kira-kira jam 9.15 pagi pula, agensi itu menahan dua kontena dari Singapura di Pelabuhan Sepangar yang mengan-dungi  bir jenama ‘Tiger Beer’.

Anggota penguat kuasa JKDM Kota Kinabalu telah menahan dua buah kontena dari Singapura yang telah tiba di Pelabuhan Sepanggar dan disyaki mengikrar barang dagangan sebagai cecair pembersih dan ‘magnesium sulphate heptahydrate’ iaitu berlainan dengan muatan sebenar.

Hasil pemeriksaan ke atas muatan dagangan dalam kontena-kontena tersebut didapati mengandungi minuman keras jenis bir berjenama ‘Tiger Beer’,” kata Zulkifli kepada pemberita di sini semalam. Turut hadir ialah Pengarah Kastam Sabah Datuk Hamzah Sundang. 

Katanya, hasil tangkapan berkenaan, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun yang bekerja sebagai ejen penghantaran sebuah syarikat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. — Bernama

Advertisement