Anda di sini

Francis mohon ampun untuk penderaan seksual

Advertisement

Ketika pertemuan dengan sekumpulan kecil mangsa paderi di Chile, polis rusuhan lerai tunjuk perasaan

 Francis mengusap kepala bayi kepada salah seorang banduan ketika kunjungan ke Pusat Penjara Wanita San Joaquin di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar AFP
PENUH KASIH SAYANG: Francis mengusap kepala bayi kepada salah seorang banduan ketika kunjungan ke Pusat Penjara Wanita San Joaquin di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar AFP

SANTIAGO: Pope Francis sendiri berjumpa kelmarin dengan sekumpulan kecil mangsa penderaan seksual oleh paderi di Chile, selepas beliau secara terbuka me-mohon pengampunan dan polis rusuhan meleraikan tunjuk perasaan dekat lokasi sembahyang misa awam pertama dalam lawatannya ke Amerika Selatan.

Sewaktu pertemuan “tertutup sepenuhnya” di kedutaan Nunsiatur Apostolik Vatikan di Santiago, mangsa “bercakap mengenai penderitaan mereka kepada Pope Francis, yang mendengar mereka dan berdoa dan menangis bersama mereka”, kata Vatikan.

Terdahulu pemimpin Gereja berusia 81 tahun itu berkata: “Saya tidak dapat mula untuk menyuarakan kesengsaraan dan rasa malu yang saya rasa mengenai kerosakan tidak dapat diperbaiki yang dilakukan kepada kanak-kanak oleh segelintir paderi Gereja”, dan berikrar untuk memberikan komitmen bagi memastikan kesalahan itu tidak akan berlaku lagi.

Francis membuat kenya-taan itu dalam lawatan ke kediaman rasmi Presiden Michelle Bachelet di Istana Moneda, yang menerima tepukan daripada penziarah yang menonton skrin gergasi di sebuah taman di Santiago di mana beliau kemudian merayakan sembahyang Misa terbuka bagi kira-kira 400,000 orang. 

Namun sambutan yang diterima oleh paus itu tidak sejagat, dengan pergelutan yang meletus di antara polis rusuhan dengan penunjuk perasaan di kawasan sekitar Taman O’Higgins.

Polis menggunakan ken-       deraan perisai untuk melepaskan meriam air ke arah penunjuk perasaan, dan meng-humban sebahagian daripada mereka ke dalam van. Lebih 50 orang ditangkap, kata pihak berkuasa.

Ramai penunjuk perasaan melaung “rakan subahat pedofilia” ketika mereka menghampiri taman berke-naan.

Seorang lelaki yang berpakaian seperti paus dan dua lagi orang yang berpakaian seperti biarawati membentangkan sepanduk dari beranda sebuah bangunan berdekatan yang menyebut: “Francis, rakan subahat jenayah pedofilia.”

Di bawah pemerintahan kuku besi tentera Augusto Pinochet pada 1973-1990, Gereja dikagumi kerana peranannya dalam usaha menegakkan hak asasi manusia. Namun pada hari ini, Chile merupakan negara Amerika Latin yang paling lantang mengkritik Vatikan.

Lawatan Francis – yang pertama baginya ke Chile sebagai paus – dibayangi satu laporan yang menggariskan keseriusan kesalahan seksual dalam gereja tempatan, selain pelantikan seorang uskup yang ramai di sini percaya menyembunyikan skandal pencabulan seksual paling serius di negara itu.

Badan bukan kerajaan di Amerika Syarikat, Bishop Accountability, berkata sebelum lawatan itu bahawa hampir 80 anggota paderi Roman Katolik dituduh mencabul kanak-kanak di Chile sejak 2000.

Bagi segelintir mangsa, tindakan paus memohon peng-ampunan tidak memadai.

Kami memerlukan tindakan konkrit yang tidak diambil oleh paus dengan gereja Chile,” kata Juan Carlos Claret, jurucakap bagi sebuah persatuan awam di kota selatan Osorno.

Kumpulan Claret menuntut agar Francis memecat Uskup Juan Barros di Osorno, yang beliau lantik pada 2015 walaupun Barrios ada kaitan dengan seorang paderi pedofilia yang aib, Fernando Karadima.

Paus kemudian memberitahu wakil paderi Chile di sebuah katedral yang penuh sesak di Santiago bahawa beliau “memberi perhatian kepada apa yang anda buat untuk menangani kejahatan yang hebat dan menyakitkan ini”.

Kesakitan itu dirasai bukan sahaja oleh mangsa dan keluarga mereka, katanya kepada mereka, tetapi juga oleh golongan paderi.

Saya tahu kadang-kadang kita telah dihina dalam kereta api bawah tanah atau ketika anda berjalan, dan anda membayar harga yang tinggi kerana berjalan-jalan dengan memakai baju paderi di ba-nyak tempat,” kata Francis.

Beranikanlah diri untuk memohon ampun,” katanya.

Tiga gereja Katolik dirosakkan kelmarin, termasuk satu dalam wilayah Arauca-nia, di mana kebanyakan orang Mapuche tinggal.

Dalam satu amalan pertama bagi Francis, beliau melawat sebuah penjara wanita, dan memberitahu banduan di Penjara Wanita San Joaquin di Santiago “hilang kebebasan anda bukan bermakna hilang impian dan harapan anda”.

Kira-kira 100 banduan me-nyambutnya dengan lagu dan tepukan teruja, ada di antara mereka membawa anak-anak kecil mereka.

Hukuman penjara semesti-nya memberi peluang bagi perkembangan peribadi, katanya. — AFP

Advertisement