Anda di sini

FAS sokong Aidel dan Awla terajui kepimpinan PBBS

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memberi sokongan penuh kepada dua wakil rakyat di Bahagian Samarahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan, Awla Dris untuk menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) menjelang Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) 2018/2020 yang dijadual diadakan pada hujung bulan ini.

 Presiden FAS, Dato Posa Majais ketika ditemui semalam berkata dua calon berkenaan dilihat amat sesuai untuk membimbing PBBS sesuai dengan kredibiliti mereka dalam pembangunan bola sepak di kawasan masing- masing.

 “Kedua-dua wakil wakyat itu calon yang sesuai untuk mengisi dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dalam badan induk berkenaan pada AGM PBBS 2018/2020 hujung bulan ini.

 “Saya di pihak FAS amat mengalu-alukannya pemilihan mereka berdua malah menyokong penuh cadangan tersebut namun sudah tentu ia terpulang lagi kepada keputusan exco persatuan itu sendiri,” jelas Posa ketika diminta mengulas perkara itu.

 Menurut Posa, Aidel dan Awla mempunyai kriteria yang amat bertepatan untuk membimbing PBBS dan percaya kedua calon itu mampu membawa persatuan itu ke landasan yang lebih tinggi.

 “Kedua-dua mereka (Aidel dan Awla) adalah pilihan yang paling tepat sekali untuk menerajui PBBS. Selain sebagai wakil rakyat, mereka juga amat meminati bola sepak.

 “Apapun, ia terpulang kepada barisan exco yang menentukannya kelak,” tambah Posa lagi.

Advertisement