Anda di sini

AS tahan AS$65 juta untuk UNRWA

Advertisement

Palestin selar keputusan itu bersifat politik, timbulkan keadaan semakin tidak stabil

 Penduduk Palestin menuntut keadaan kehidupan lebih baik untuk orang ramai                   di luar pejabat UNRWA di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 11 Januari lalu. — Gambar Reuters
BANTU KAMI: Penduduk Palestin menuntut keadaan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di luar pejabat UNRWA di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 11 Januari lalu. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin menahan AS$65 juta (RM260 juta) yang sebelum ini diper-untukkan kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penduduk Palestin, dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengugut untuk menahan bayaran pada masa depan.

Pegawai Jabatan Negara menegaskan keputusan itu diambil bukan untuk menekan para pemimpin Palestin, tetapi kerana AS mahu negara lain membantu membayar dan memperbaharui Agensi Bantuan dan Kerajaan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Namun seruan itu dibuat selepas pertikaian di belakang tabir antara golongan yang mahu menamatkan semua bantuan kepada penduduk Palestin dengan pegawai yang bimbang mengenai kesan diplomatik dan kemanusiaan.

Jabatan Negara berkata AS$60 juta (RM240 juta) daripada pakej AS$125 juta (RM500 juta) yang dirancang akan diluluskan untuk memastikan agensi itu terus berfungsi, tetapi bakinya akan ditahan buat masa sekarang.

Ini bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa,” kata jurucakap Heather Nauert.

Kerajaan AS, dan pentadbiran Trump, percaya apa yang dipanggil perkongsian beban harus dibahagikan dengan lebih meluas,” katanya.

Kami mahu negara lain, malah negara yang mengkritik AS bagi apa yang mereka percaya adalah pendirian kami mengenai penduduk Palestin, untuk tampil ke hadapan.”

Ketua (UNRWA) Pierre Krahenbuhl menyuarakan rasa cemas dan segera me-nyeru kepada anggota lain dalam PBB untuk memberikan sumbangan.

Beliau berkata AS$60 juta (RM240 juta) itu akan membuka sekolah dan hospital buat masa sekarang tetapi berkata ia jauh rendah berbanding AS$350 juta (RM1.4 bilion) yang Washington bayar sepanjang tahun 2017.

Membiayai UNRWA atau sebarang agensi kemanusiaan merupakan budi bicara mana-mana negara anggota PBB yang berdaulat,” beliau menyebut dalam satu kenya-taan.

Pada waktu yang sama, mengambil kira hubungan lama, dipercayai, dan bersejarah antara AS dengan UNRWA, sumbangan yang dikurangkan ini mengancam salah satu usaha pembangunan manusia yang paling berjaya dan inovatif di Timur Tengah.”

Bayaran sukarela dari AS merupakan sumber sokongan terbesar bagi badan berusia 68 tahun itu, dan pegawai AS lain menentang penggantungan segera sepenuhnya.

Pegawai berkata kompromi akan membolehkan sekolah dan klinik UNRWA di Tebing Barat yang diduduki Israel, di Gaza dan negara jiran Arab untuk terus dibuka buat masa sekarang.

Terdapat keperluan untuk penelitian semula yang asas ke atas UNRWA, baik dalam cara ia beroperasi dan cara ia dibiayai,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Pihak Palestin melihat keputusan AS itu sebagai bersifat politik.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanan Ashrawi dari majlis eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin menuduh Washington cuba membubarkan UNRWA atas permintaan Israel.

Beliau menuduh AS “me-nyasari segmen paling lemah di kalangan penduduk Pales-tin.

Ia juga mewujudkan ke-adaan yang akan menimbulkan keadaan yang semakin tidak stabil di seluruh rantau ini dan akan menunjukkan ia tidak ada rasa kesal menyasari golongan tidak bersalah,” katanya.

UNRWA sudah menyedia-kan penjagaan kesihatan, bantuan kecemasan dan persekolahan kepada penduduk Palestin sejak 1950.

AS sudah sekian lama menjadi penderma terbesar kepadanya, dengan bayaran sukarela besar untuk menambah kepada bajet yang diberikan oleh negara anggota PBB lain kepada agensi medan hadapan itu.

Setiausaha PBB Antonio Guterres berkata beliau belum dimaklumkan tentang keputusan Washington, tetapi “sangat bimbang” mengenai laporan bahawa ia sedang diusahakan.

UNRWA bukan sebuah institusi Palestin, tetapi sebuah institusi PBB, katanya. — AFP

Advertisement