Anda di sini

Aktivis HK dipenjara kali kedua

Advertisement

HONG KONG: Aktivis Hong Kong Joshua Wong dipenjara buat kali kedua semalam ke-rana peranannya dalam protes prodemokrasi besar-besaran manakala kebimbangan semakin meningkat bahawa hukuman penjara bagi aktivis muda menutup perdebatan di bandar raya separa autonomi itu selepas Beijing meningkatkan kawalan.

Wong, 21, yang menjadi wajah Pergerakan Payung 2014, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan atas tuduhan menghina mahkamah kerana menghalang pembubaran sebuah perkampungan protes utama, selepas dia mengaku bersalah.

Dia sudah dibebaskan dengan jaminan sementara me-nunggu rayuan berhubung satu hukuman penjara selama enam bulan bagi satu lagi kesalahan berkaitan protes.

Hakim Andrew Chan menggambarkan pembabitan Wong dalam usaha menghalang pembubaran tersebut pada 2014 sebagai “mendalam dan meluas” dalam penghakiman bertulisnya.

Dia memainkan pera-nan utama pada hari itu,” ujarnya. “Satu-satunya hukuman sewajarnya bagi Encik Wong adalah pemenjaraan segera.”

Seorang lagi aktivis Raphael Wong dipenjara selama empat bulan 15 hari berhubung insiden yang sama.

Chan menafikan jaminan bagi kedua-dua tertuduh tetapi peguam bela mendesaknya untuk menimbang semula keputusannya dan diberi pendengaran selanjutnya pada petang semalam.

Sementara itu kedua-dua aktivis dibawa ke tempat tahanan oleh pengawal ke-selamatan.

Keazaman kami untuk berjuang demi demokrasi tidak akan berubah!” jerit Raphael Wong ketika dia dibawa keluar.

Seramai 14 defendan lain termasuk aktivis terkemuka Lester Shum diberi hukuman tertangguh atas tuduhan menghina mahkamah.

Aktivis bimbang kes-kes terhadap aktivis dan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas ketua-ketua demokrasi tidak menggalakkan golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka dan menggunakan hak mereka untuk membantah secara aman.

Kebebasan bersuara dan demonstrasi dilindungi perlembagaan mini di bandar raya itu, Undang-undang Asas.

Sebelum pendengaran, Joshua Wong – yang menjadi wajah remaja Pergerakan Payung – berkata dia “tidak ada penyesalan” mengenai pembabitannya.

Mereka boleh mengurung badan kami tetapi mereka tidak dapat mengurung minda kami,” katanya kepada pemberita.

Puluhan penyokong berhimpun di luar Mahkamah Tinggi sambil melaung: “Keingkaran sivil, jangan takut!” dan “Saya warga Hong Kong, saya mahukan pengundian sejagat!”

Mereka ditentang oleh sekumpulan kecil penunjuk perasaan pro-Beijing yang mengibarkan bendera negara China dan menyokong jabatan keadilan Hong Kong.

Mereka mempamerkan se-panduk yang memanggil aktivis “samseng” dan berkata mereka mesti “membayar harga” dalam penjara.

Pergerakan Payung me-rupakan satu teguran luar biasa kepada Beijing apabila puluhan ribu penunjuk pera-saan melumpuhkan beberapa bahagian di bandar raya berkenaan untuk menuntut pemilihan kepimpinan yang bebas sepenuhnya bagi menggantikan sistem di mana ketua eksekutif dipilih oleh sebuah jawatankuasa pro-Beijing.

Mereka gagal mendapatkan konsesi dan sejak itu aktivis terkemuka telah didakwa di atas pembabitan mereka.

Beijing menjadi semakin marah disebabkan oleh ke-munculan beberapa aktivis yang menuntut kemerdekaan bagi Hong Kong sejak kegagalan Pergerakan Payung untuk mendapatkan pembaharuan.

Parti Wong Demosisto mahukan kuasa menentukan hala tuju sendiri bagi bandar raya itu.

Hong Kong diperintah di bawah satu perjanjian “satu negara, dua sistem” sejak 1997, ketika Britain menye-rah balik wilayah itu kepada China.

Perjanjian itu memberi kepada rakyat hak yang tidak kelihatan di tanah besar, termasuk kebebasan bersuara dan parlimen yang sebahagiannya dipilih secara langsung, selain sebuah badan kehakiman bebas, tetapi terdapat kebimbangan bahawa kebebasan itu semakin terhakis.

Wong dipenjara selama enam bulan pada Ogos lalu atas tuduhan mengadakan perhimpunan haram selepas dia terlibat dalam tindakan menyerbu sebuah pekarangan kerajaan berpagar dikenali sebagai Dataran Sivik pada September 2014, yang mencetuskan perhimpunan Pergerakan Payung yang lebih luas.

Wong dan dua aktivis lain Nathan Law dan Alex Chow pada asalnya dijatuhi hukuman bukan penjara oleh mahkamah rendah berhubung insiden itu, tetapi selepas campur tangan kerajaan, mereka dipenjara oleh Mahkamah Rayuan.

Tindakan kerajaan dilihat sebagai bukti lanjut bagi pengaruh Beijing yang semakin meningkat ke atas Hong Kong.

Rayuan mereka terhadap hukuman mereka kini sedang dipertimbangkan oleh mahkamah tertinggi Hong Kong. — AFP

Advertisement