Anda di sini

Pasangan kurung 13 anak ditangkap

Advertisement

LOS ANGELES: Pasangan California ditangkap selepas pihak berkuasa menemui 12 anak mereka yang kekura-ngan nutrisi dikurung di dalam rumah mereka, dengan seorang berusia semuda dua tahun dan beberapa orang lagi dirantai pada katil dalam keadaan gelap, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan seksaan dan menetapkan ikat jamin berjumlah $9 juta bagi ibu bapa tersebut selepas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya melarikan diri dari rumah itu pada Ahad lepas dan menghubungi 911 menggunakan telefon bimbit yang ditemui di dalam rumah.

Dia kelihatan “sangat kurus” sehingga pihak berkuasa berkata mereka pada mulanya menyangka dia hanya berusia 10 tahun.

Seramai 13 mangsa telah dikurung di rumah di Perris, California berusia lingkungan dua hingga 29 tahun, menurut Jabatan Syerif Wilayah Riverside dalam satu kenyataan.

“Siasatan lanjut mendedahkan beberapa mangsa telah diikat pada katil mereka dengan rantai dan mangga kunci dalam keadaan gelap dan berbau busuk, namun ibu bapa mereka tidak mampu memberi sebab logik kenapa anak-anak mereka dikurung dalam keadaan sebegitu,” tambah kenyataan tersebut.

“Anggota polis mengesan apa yang mereka percayai sebagai 12 kanak-kanak di dalam rumah, namun terkejut mendapati tujuh daripada mereka sebenar-nya adalah dewasa, berusia lingkungan 18 hingga 29 tahun.

Kesemua mangsa kelihatan kekurangan nutrisi dan sangat kotor.”

Pejabat syerif berkata “mangsa diberikan makanan dan minuman selepas mereka mendakwa kelaparan.”

Ibu bapa mangsa, David Allen Turpin berusia 57 tahun dan Louise Anna Turpin berusia 49 tahun, telah ditahan atas tuduhan menyeksa dan membahayakan kanak-kanak.

Perkhidmatan Perlindu-ngan Kanak-Kanak dan Perkhidmatan Perlindungan Dewasa telah membantu dalam siasatan. — AFP

Advertisement