Anda di sini

JDT 2 & 3 sebagai ‘sparring’

Advertisement
 Pemain perancang berpengalaman, Rafiezan Razali (depan) mengetuai rakanrakannya pada sesi latihan petang semalam.
PERANCANG: Pemain perancang berpengalaman, Rafiezan Razali (depan) mengetuai rakanrakannya pada sesi latihan petang semalam.

KUCHING: Skuad Kuching FA memilih dua kelab Harimau Selatan, JDT 2 & 3 sebagai ‘sparring’ jelajah pramusim sebelum memulakan kempen Piala FAM 2018.

 Penolong Pengurus Kuching FA, Iswandi Ali Hassan memberitahu skuadnya menentang JDT 3 pada 20 Januari ini di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, jam 4.30 petang.

 Disusuli pertemuan menentang JDT 2 keesokan harinya di venue dan jam sama.

 “Dua perlawanan itu akan menjadi landasan untuk kita menilai kemampuan pemainpemain selain memperbaiki setiap kelemahan yang masih ketara.

 “Saya berharap pemainpemain menggunakan perlawanan ini untuk mencari keserasian terutamanya mereka yang baharu dibawa masuk,” katanya di sini semalam.

 Iswandi menjelaskan untuk musim ini Kuching FA menampilkan seramai 24 pemain dengan lapan daripadanya muka baharu.

 Mencuri tumpuan kehadiran semula dua bekas bintang Sarawak, Izray Iffarul Roslan dan Sahran Abdul Samad yang akan bermain di posisi pertahanan.

 Selain itu, beberapa bekas pemain dari skuad Piala Presiden Sarawak termasuk beberapa bintang muda dike nal pasti semasa kempen Piala Sarawak 2017 turut ditambat skuad itu.

 Mereka ialah Muhd Nur Aliff Kefli, Muhd Yazid Ahzhar, Muhd Nur Hidayat Zawawi, Samsu Alam Abdul Samad, Mohd Zainudin Bohri dan Hafiezulhisyam Roslee.

 Pemain-pemain musim lalu dikekalkan ialah Mohd Saiful Kamel, Awang Mohd Tarmizi Awang Mahdini, Mohd Fareez Tukijo, Mohd Zulfika Mustafa, Mohd Ariff Azizan Ederis, Remenor Pit, Rafiezan Razali, Yusman Mohamad, Ahmad Shakri Tuah, Raziman Razali, Mohd Shahfitri Abdul Salim, Mohd Asrullah Drahman, Zulmizan Bujang, Ismail Bujang dan Sufizal Ismail.

 “Saya percaya gabungan pemain-pemain berpengalaman dan baharu mampu membentuk skuad Kuching FA yang lebih mantap dan bersedia mengibarkan cabaran pada kempen Piala FAM musim ini,” katanya.

 Kempen Piala FAM 2018 dijadualkan bermula pada awal Februari depan.

  • oleh
  • Advertisement