Anda di sini

Bong Soon Ming menang hadiah utama MITRAF 17

Advertisement
 Pengarah United Fusion Sdn Bhd Linda Hoo (dua kanan) menyampaikan baucar hadiah utama kepada Bong Soon Ming; sambil disaksikan oleh timbalan pengurus cawangan See Hua Marketing Sdn Bhd Sorina Yeo (kedua dari kiri) dan pengurus cawangan Nickky Chua (kanan).
MENANG: Pengarah United Fusion Sdn Bhd Linda Hoo (dua kanan) menyampaikan baucar hadiah utama kepada Bong Soon Ming; sambil disaksikan oleh timbalan pengurus cawangan See Hua Marketing Sdn Bhd Sorina Yeo (kedua dari kiri) dan pengurus cawangan Nickky Chua (kanan).

MIRI: Bong Soon Ming muncul sebagai pemenang hadiah utama Pesta Usahawan Miri Ke-17 (MITRAF 17) dalam cabutan bertuah yang diadakan di kompleks beli-belah Permaisuri Imperial City Mall pada Ahad malam.

Beliau membawa pulang sebuah penyedut asap dapur jenama Kingfisher tajaan United Fusion Sdn Bhd.

Hadiah pertama berupa sistem audio rumah Sony dimenangi Chai Pei Li.

Lai Mei Chien pula meraih hadiah kedua terdiri daripada pembersih tekanan tekanan tinggi jenama Black & Decker  manakala Lau Ming Siang menerima hadiah ketiga berupa pembersih vakum jenama Karcher.

Lee Foong Siang membawa hadiah keempat berupa ketuhar elektrik jenama Midea.

Sementara itu, pemenang hadiah kelima, keenam, ketujuh dan kelapan iaitu Christina Lee Hui Jun, Khor Lee Hoong, Au Yuck Hah dan Annie Dayani Ahad masing-masing menerima sebuah mesin pemotong Black & Decker, ketuhar, gelung hos jenama Karcher dan kain cadar tilam.

Chan Yuk Kim memenangi hadiah kesembilan berupa kain cadar tilam manakala Khor Lee Hoong dan Lau Ming Siang  masing-masing membawa pulang hadiah ke-10 dan ke-11 berupa sebuah beg bagasi setiap seorang.

Khor Lee Hoong muncul sebagai pemenang untuk hadiah ke-12 dengan membawa pulang satu set bekas Tupperware.

Sembilan pelanggan lain memenangi barangan lain seperti bekas Tupperware, beg bagasi, hamper, cadar tilam dan barangan isi rumah.

Mereka termasuklah Lu Mee Yian, Annie Dayani Ahad, Dayang Durul Asrina, Seo Ah Leng, Bu Eng Soon, Ngau Uloi, Wong Kee Pow, Voon Lee Fan dan Yii Ming King.

Selain daripada hadiah-hadiah tersebut, setiap pemenang (tidak kira apa hadiah yang diperolehnya), mendapat hadiah istimewa iaitu lawatan tiga hari, dua malam (bernilai RM3,000) ke Forest City, pembangunan hartanah berskala besar yang terletak di selatan Johor bersebelahan dengan Singapura, yang ditaja oleh Country Garden Holdings.

Sepanjang pesta usahawan empat hari ini, para pengunjung boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan membelanjakan RM300 bagi tempahan untuk kenderaan bermotor atau hartanah atau RM100 pada di gerai-gerai peserta, walaupun dengan pelbagai resit.

  • oleh
  • Advertisement