Anda di sini

Lantai mezanin di bursa saham Indonesia runtuh

Advertisement
 Gambar diterima daripada Amailia Putri Hasniawati menerusi Whats-App menunjukkan debu masih menyelubungi lobi selepas satu tingkat runtuh di bursa saham Indonesia di Jakarta semalam yang menyebabkan beberapa orang cedera. — Gambar AFP/Reuters
RUNTUH: Gambar diterima daripada Amailia Putri Hasniawati menerusi Whats-App menunjukkan debu masih menyelubungi lobi selepas satu tingkat runtuh di bursa saham Indonesia di Jakarta semalam yang menyebabkan beberapa orang cedera. — Gambar AFP/Reuters

JAKARTA: Satu tingkat di bangunan bursa saham Indonesia telah runtuh ke atas lobi bangunan semalam, mencederakan sejumlah orang yang tidak diketahui, menurut laporan media.

Kami masih lagi menyiasat puncanya, namun buat masa sekarang keutamaan kami adalah orang yang terce-dera,” jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono memberitahu Metro TV.

Rakaman yang disiarkan oleh beberapa stesen TV menunjukkan beberapa orang terbaring di atas lantai dan telah dibawa keluar dari bangunan.

Jurucakap polis tidak me-nyatakan berapa ramai yang tercedera namun menambah bahawa tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini.

Rakaman berita televisyen menunjukkan orang ramai dalam keadaan panik dan menjerit ketika pihak berkuasa cuba untuk mengosongkan kawasan di sebalik timbunan serpihan.

Seorang wartawan dari Metro TV, yang berada dalam bangunan untuk membuat liputan bagi pasaran saham, menyatakan insiden berlaku sejurus selepas tengah hari waktu tempatan.

Terdapat satu bunyi bising yang kuat maka orang yang berada di dalam telah segera berlari keluar dari bangunan,” menurut wartawan Marlia Zein.

Struktur itu kelihatan se-perti satu balkoni dalaman atau lantai mezanin.

Ia telah runtuh ke atas tingkat bawah menara kedua kompleks tersebut, jurucakap Bursa Saham Indonesia Rheza Andhika memberitahu Bloomberg, sambil menambah bahawa ia bukannya satu letupan.

Bursa Saham Indonesia terletak di tengah Jakarta, dan pejabat tempatan bagi Bank Dunia turut ditempatkan di tingkat 12 di kompleks tersebut, menurut laman sesawangnya. — AFP

Advertisement