Anda di sini

Jakim mahu kenali, bincang keadaan Sajat

Advertisement
 Instagram @nursajat02
Sumber foto: Instagram @nursajat02

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat susulan kecaman netizen berhubung identiti usahawan kosmetik berkenaan sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan portal mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menyatakan hasrat itu menerusi catatan Facebook khusus buat Sajat pada petang Isnin.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat,” katanya yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim.

Izwan berkata, Jakim juga bersedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana tempat yang dirasakan selesa, serta yakin pertemuan itu dapat merungkai persoalan yang timbul di kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dalam Twitternya turut menyatakan persetujuan terhadap catatan Izwan.

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” kata Othman. 

Advertisement