Anda di sini

Carlshtino Lanim meriahkan konsert Tahun Baharu Kampung Tematu

 Dino menghiburkan pada penonton dengan lagu-lagu  hitsnya diiringi Band Power Strings.
MENGHIBURKAN: Dino menghiburkan pada penonton dengan lagu-lagu hitsnya diiringi Band Power Strings.

KUCHING: Penyanyi Bidayuh yang semakin meningkat naik, Carlshtino Lanim memeriahkan konsert Tahun Baharu di Kampung Tematu, Kuching baru-baru ini.

Konsert tersebut merupakan anjuran Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kampung Tematu bagi meraikan kedatangan tahun 2018.

Pada konsert tersebut Carlshtino atau lebih popular dengan nama Dino, menghiburkan para penonton yang hadir dengan beberapa buah lagu termasuk lagu hitsnya.

Antara lagu hitsnya yang menaikkan nama Dino dan dipersembahankan pada konsert tersebut ialah ‘Cinta Peras Bebi’ dan ‘Nogap Pingirindu’.

Bercakap mengenai konsert tersebut, Dino ternyata berpuas hati dengan kehadiran para penonton yang menyokong persembahan pada malam itu.

Selain mempersembahkan dua lagu hitsnya, Dino turut menyampaikan beberapa lagu lain antaranya ‘Semina Duduk Berimbai’, ‘Bekikis Bulu Betis’, ‘Bunga Kupuo’, ‘Terajana’, ‘Cinta Sabun Mandi’, ‘Bintang Kehidupan’ dan ‘Dangdut Dara Lawa’.

Selain Dino, persembahan pada malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penampilan penyanyi Bidayuh yang lain antaranya pasangan Jenny dan Morgan serta Tisha dan Robin.

Saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk memeriahkan konsert pada malam tersebut.

Sebagai pendatang baharu dalam industri muzik tempatan, konsert ini adalah platform untuk para peminat lebih mengenali saya agar terus maju dalam industri ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sebelum bergelar penyanyi di bawah naungan Kaban Music Production (KMP), Dino sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan serta sesi uji bakat.

Antaranya, Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM, Mentor, Soulstar, AMG Rising Star, Pertandingan Lagu Dayak, Summer Voice Challenge, Hari Belia Sarawak, Shelter Star, Asean Bird Song dan Satok Idol.

Penglibatan dalam industri muzik secara serius bermula selepas memenangi pertandingan Bintang KMP Musim Kedua.