Anda di sini

Bom nekad ragut 26 jiwa di Baghdad

Advertisement

90 lagi cedera dalam serangan kedua sebegitu di ibu negara Iraq dalam masa tiga hari

 Anggota pasukan keselamatan Iraq memeriksa tapak serangan bom nekad di Baghdad, Iraq semalam. — Gambar Reuters
BERDARAH: Anggota pasukan keselamatan Iraq memeriksa tapak serangan bom nekad di Baghdad, Iraq semalam. — Gambar Reuters

BAGHDAD: Pengeboman nekad berganda telah me-ngorbankan 26 nyawa di Baghdad semalam, menurut pihak berkuasa, serangan kedua sebegitu di ibu negara Iraq dalam masa tiga hari.

Dr Abdel Ghani al-Saadi, ketua kesihatan bagi wilayah timur Baghdad, telah melaporkan “26 kematian dan 90 kecederaan.”

Dua pengebom nekad telah meletupkan diri mereka sendiri di Dataran Tayyaran di tengah Baghdad,” menurut Jeneral Saad Maan, jurucakap Joint Operations Command, yang termasuk pihak tentera dan polis.

Dataran Tayyaran merupakan sebuah pusat perdaga-ngan yang sibuk dan sebuah tempat di mana buruh harian berkumpul pada awal pagi menunggu untuk mendapat pekerjaan.

Ia telah menjadi kawasan serangan maut pada masa lepas.

Seorang jurugambar AFP di kawasan pengeboman menyatakan banyak ambulans telah berkumpul dan pasukan keselamatan telah dikerahkan dalam jumlah yang besar.

Tiada pengakuan bertanggungjawab segera, namun kebanyakan serangan sebegini di Iraq adalah hasil kerja kumpulan pejuang jihad Islamic State (IS).

Pada Disember, kerajaan telah mengumumkan “penamat peperangan” terhadap IS, yang telah dihalau keluar dari wilayah Baghdad dan kawasan bandar Iraq yang dikawal olehnya.

Bagaimanapun, elemen perjuangan jihad masih aktif di wilayah utara Baghdad. — AFP

Advertisement