Anda di sini

12,000 melarikan diri daripada letusan gunung berapi Mayon

Advertisement
 Gambar diperolehi daripada media sosial             menunjukkan gunung berapi Mayon memuntahkan abu tebal di Legazpi, Albay, Filipina semalam. — Gambar Reuters
BAKAL MELETUS: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukkan gunung berapi Mayon memuntahkan abu tebal di Legazpi, Albay, Filipina semalam. — Gambar Reuters

LEGAZPI: Kawah sebuah gunung berapi Filipina yang sedang menggelegak kelihatan kemerahan semalam, di mana pakar penyelidik gunung berapi memberi amaran ia akan meletus dalam masa beberapa hari lagi, menyebabkan ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Gempa bumi akibat gunung berapi dan runtuhan batu menggegarkan puncak Mayon sepanjang tempoh 24 jam lepas, selepas beberapa letusan yang mengeluarkan wap, menurut para saintis.

Lebih 12,000 diarah me-ninggalkan zon pemindahan seluas tujuh kilometer, dan terdapat amaran pengaliran lumpur panas dan awan toksik.

Keadaan amat berbahaya bagi keluarga untuk tinggal dalam lingkungan tersebut dan tersedut abu,” kata Claudio Yucot, ketua pejabat pertahanan awam wilayah.

Disebabkan hujan ber-terusan minggu lepas, serpihan yang terhasil di cerun Mayon mungkin membawa kepada pengaliran lahar.

Sekiranya hujan tidak menghalangnya ia akan menjadi sangat berbahaya,” tegasnya lanjut.

Lahar merupakan panggilan teknikal bagi pengaliran lumpur gunung berapi.

Gunung berapi itu yang berbentuk kon hampir sempurna, cuma kira-kira 330 kilometer barat daya Manila.

Letupan yang mengeluarkan wap dan runtuhan batu bermula sepanjang hujung minggu, dan kawasan kawah mulai berbara petang kelmarin, dalam apa yang dikatakan Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) sebagai petunjuk perkembangan kubah lahar yang baharu.

Kali terakhir lahar mengalir keluar dari Mayon adalah pada 2014 ketika 63,000 penduduk meninggalkan rumah mereka.

Kami memikirkan lahar sekarang lebih cair berban-ding ketika tahun 2014.

Ini bermakna pengalirannya mungkin akan lebih jauh ke bawah dengan kadar lebih pantas,” kata ketua PHIVOLCS Renato Solidum.

Kami melihat persamaan dengan letusan di mana fasa pertama aktiviti bermula dengan pengaliran lahar dan berkembang menjadi satu letusan atau bahagian berbahaya.

Itulah yang kami cuba awasi dan membantu penduduk agar mengelakkannya.”

Mayon yang setinggi 2,460 meter mempunyai sejarah lama letusan berbahaya.

Empat pelancong asing dan jurupandu tempatan mereka terkorban ketika Mayon meletus kali terakhir pada Mei 2013.

Pada 1814, lebih 1,200 ter-korban setelah aliran lahar menimbus pekan Cagsawa.

Satu letusan pada Ogos 2006 tidak membunuh sesiapa secara langsung, namun empat bulan kemudian taufan membadai runtuhan lumpur gunung berapi dari cerun Mayon sekali gus mencetuskan banjir lumpur yang meragut 1,000 nyawa. — AFP

Advertisement