Anda di sini

Reputasi cemerlang Stihl hasil kerja keras KTS

Advertisement
 Nikolas ditemani Henry (empat kiri) memotong kek Ulang Tahun KTS-Stihl sambil disaksi (dari kiri) Stephen, Augustine, Vincent, Pick, Zhang dan Selena. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
SIMBOLIK: Nikolas ditemani Henry (empat kiri) memotong kek Ulang Tahun KTS-Stihl sambil disaksi (dari kiri) Stephen, Augustine, Vincent, Pick, Zhang dan Selena. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

Perniagaan KTS-Stihl di rantau ini menunjukkan perkembangan kukuh sejak lima dekad lalu

KUCHING: Stihl Holdings (Stihl) menyifatkan reputasi cemerlang jenamanya di Malaysia Timur dan Brunei adalah hasil kerja keras serta komitmen Syarikat Kumpulan KTS (KTS).

Pengerusi Lembaga Penasihat dan Penyelia Stihl Dr Nikolas Stihl berkata, perniagaan KTS-Stihl di rantau ini telah menunjukkan perkembangan yang kukuh sejak lima dekad lalu.

Hari ini, KTS mempunyai organisasi jualan yang mantap dengan mengedar produk Stihl menerusi cawangan-cawangannya dan pengedar perkhidmatan rasmi Stihl.

Selain itu, gergaji berantai, KTS memulakan langkah menawarkan peralatan berkuasa seperti pemotong rumput, penyembur, pemotong sawit dan sehingga kini jenama Stihl mempunyai reputasi cemerlang serta kedudukan tertinggi di Sarawak, Sabah dan Brunei. Semuanya hasil kejayaan kerja keras dan komitmen KTS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Gala sempena Ulang Tahun Ke-50 KTS-Stihl di KTS Garden di sini malam kelmarin.

Menurut Nikolas, bermula dengan tempahan 200 gergaji berantai perniagaan KTS-Stihl berkembang kepada lebih 30,000 peralatan berkuasa berjaya dijual pada tahun lalu.

Tambahnya, KTS merupakan rakan niaga yang terbaik berbanding pengedar Stihl yang lain.

Tidak ada pengedar di Asia ini dapat menjana pendapatan per kapita yang lebih tinggi. Oleh itu, saya mahu mengucapkan terima kasih untuk kerjasama selama 50 tahun ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pengarah Urusan KTS Dato Henry Lau dan Timbalan Pengarah Urusan Temenggung Datuk Vincent Lau serta pasukan mereka termasuk pengedar rasmi dalam memperluaskan perniagaan ini.

Katanya lagi, Henry telah meneruskan usaha mendiang bapanya, Dato Sri Lau Hui Kang yang merupakan pengasas Pengarah Urusan KTS dengan jayanya.

Sehubungan itu, Nikolas yang hadir bersama saudaranya Selena Stihl mewakili keluarga Stihl mahu melihat generasi Lau akan meneruskan kerjasama erat ini.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Lembaga Eksekutif Stihl Norbert Pick, Pengurus Kanan Eksport Stihl Asia Pasifik dan Timur Tengah Wendelin Ganter, Pengarah Urusan Stihl Training Centre Sdn Bhd Tim Zhang, Timbalan Pengarah Urusan KTS Stephen Lau, Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd Augustine Ling dan tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement