Anda di sini

Akibat gagal memotong

Advertisement
 Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.
TERSEPIT: Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

Lelaki maut selepas keretanya terlibat nahas di Kilometer 57 Jalan Pesisir Pantai, Miri

MIRI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat nahas jalan raya di Kilometer 57 Jalan Pesisir Pantai berdekatan Kampung Labau di sini kelmarin.

 Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali Michael Nyuling, 44, dari Rumah Renang Sungai Penyirak Bekenu meninggal dunia di tempat kejadian.

 Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu ketika dihubungi semalam mengesahkan kemalangan maut tersebut melibatkan dua kereta.

 “Hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Bintulu ke Bekenu dipercayai cuba memotong kenderaan lain namun gagal lalu melanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

 “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 59 tahun dari Kampung Pejuang Kelulit Bekenu di dalam kereta yang dilanggar mengalami kecederaan di perut dan dibawa ke Hospital Miri,” katanya.

 Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 Sementara itu, sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Sulaiman Julaili dengan sebuah jentera FRT turut ke lokasi kemalangan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

 Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.53 petang.

 Menurutnya, turut dikerahkan ke lokasi dua anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) diketuai PBK II Thomas Bigau.

  • oleh
  • Advertisement