Anda di sini

Populasi biawak Komodo mencecah 3,012 di Taman Negara Komodo

Advertisement
Fail foto bertarikh 3 Disember 2010 menunjukkan biawak Komodo kelihatan di kawasan pantai pulau Rinca, sebahagian kawasan Taman Negara Komodo yang dilindungi. -  Foto AFP
Fail foto bertarikh 3 Disember 2010 menunjukkan biawak Komodo kelihatan di kawasan pantai pulau Rinca, sebahagian kawasan Taman Negara Komodo yang dilindungi. - Foto AFP

KUPANG, E Nusa Tenggara: Populasi biawak Komodo di Taman Negara Komodo mencecah 3,012 ekor pada 2017, lapor ANTARA News.

Ketua Taman Negara Komodo, Sudiyono pada Khamis berkata, angka itu dijangka meningkat, khasnya di kepulauan Gili Motang Nusa Kode, dimana populasinya amat kecil pada masa lalu. 

Populasi Komodo (Varanus Komodoensis) di Labuan Bajo, Daerah Manggarai Barai, adalah stabil dan tidak diambang kepupusan.

Biawak gergasi itu boleh ditemui di kepulauan Padar, Gili Motang, Nusa Kode, Komodo dan Rinca. 

Biawak Komodo dewa memakan babi hutan, rusa, kuda, manakala yang lebih kecil memakan serangga dan ayam atau itik.

Ditubuhkan pada 1980, Taman Negara Komodo menempatkan biawak Komodo, satu-satunya cicak gergazi prasejarah yang masih hidup di dunia.

Ia merangkui tiga pulau lebih besari iaitu Komodo, Rinca dan Padar, serta beberapa yang lebih kecil, dengan keluasan 1,817 kilometer persegi.

Pada 1977, Taman Negara Komodo dinamakan sebagai sebuah simpanan biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). 

Pada tahun 1991, UNESCO menamakan pulau yang menampung sekitar tiga ribu komodo sebagai tapak warisan dunia.
 

Advertisement