Anda di sini

MITRAF ke-17 dapat respons menggalakkan

Advertisement
 Yii bersama yang lain melakukan simbolik perasmian MITRAF 17 anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd di Permaisuri Imperial City Mall di sini malam Jumaat lalu.
RASMI: Yii bersama yang lain melakukan simbolik perasmian MITRAF 17 anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd di Permaisuri Imperial City Mall di sini malam Jumaat lalu.

Pameran jadi platform pasarkan produk selain pelbagaikan aktiviti untuk masyarakat

MIRI: Pameran jualan perdagangan Miri Trade Fair (MITRAF) kali ke-17 anjuran See hua Marketing Sdn Bhd mendapat respons yang amat menggalakkan dalam usaha mempromosikan produk usahawan di sini.

 Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii berkata, pameran terbabit bertujuan menjadi platform untuk memasarkan produk masing-masing.

 “Melalui MITRAF ini, kita bukan sahaja membantu memasarkan produk usahawan tersebut, tetapi dalam masa sama pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat,” jelasnya.

 Yii berkata demikian pada majlis perasmian MITRAF 17 di Pemaisuri Imperial City Mall di sini, malam Jumaat lalu.

 Beliau berharap MITRAF terus diadakan bukan sahaja untuk tujuan promosi berkenaan, sekali gus turut mengalu- alukan masyarakat luar bagi berkunjung ke bandar raya Miri.

 “Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini, kita memerlukan aktiviti jualan sebegini dalam membantu merancakkan kegiatan ekonomi dan pada masa juga menarik pelancong luar untuk datang ke sini.

 “Justeru itu, galakkan dan sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk terlibat sama dalam mempromosikan aktiviti sedemikian,” ujarnya.

 Dalam pada itu, Yii turut mengucapkan tahniah kepada See Hua Marketing Sdn Bhd kerana berjaya menganjurkan MITRAF sehingga kali ke-17 tersebut.

 Sementara itu, lebih 60 gerai mengambil bahagian pada pameran tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Januari dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

 Antaranya ialah barangan elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, produk kecantikan dan perkhidmatan, selain daripada pelbagai persembahan dan pertandingan yang dianjurkan.

 Hadir sama ialah Pemangku Pengurus Cawangan See Hua Marketing Sdn Bhd Miri Chua Chuen Chai, Penolong Pengurus Cawangan See Hua Marketing Sdn Bhd Miri Sorina Yeo, Pengurus Pemasaran See Hua Marketing Sdn Bhd Miri Jarvis Lau, Pengerusi Penganjur Thong Wei Mang, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Cina Miri (MCCCI) Lee Khoi Yun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boulevard Don Yew serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement