Anda di sini

Bintang Hollywood lancar #TimesUp secara rasmi di Golden Globe

Oprah
Oprah

HOLLYWOOD bercakap dengan satu suara di Anugerah Golden Globe pada minggu lepas untuk mengisytiharkan perang ke atas budaya penganiayaan dan gangguan seksual, ketika ia melancarkan musim anugerah tahunan dengan nada serius yang jarang sekali berlaku.

 Drama jenayah ‘Three Billboards Outside Ebbing Missouri’ merupakan pemenang terbesar pada malam itu dengan empat trofi , untuk memberi momentum kepadanya menjelang Anugerah Oscar yang paling penting pada Mac.

 Namun podium anugerah kadang-kadang memainkan peranan penting berbanding seruan lantang yang dibuat oleh ramai bintang tentang keperluan untuk pulih dan maju ke hadapan.

 “Bercakap benar merupakan alat paling berkuasa yang semua kita miliki,” kata aktres dan kuasa media Oprah Winfrey kepada hadirin di Beverly Hilton ketika dia menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat.

 “Sudah terlalu lama kaum wanita tidak didengari atau dipercayai jika mereka berani bercakap benar kepada kuasa lelaki-lelaki tersebut.

 Namun masa mereka sudah tamat.

 Masa mereka sudah tamat! ujarnya, yang mendapat sambutan gemuruh.

 Golongan elit dalam industri menukar permaidani merah menjadi hitam bagi anugerah Globe apabila mereka menjauhkan diri daripada warna terang untuk menolak dengan bergaya taikun yang aib Harvey Weinstein dan lain-lain yang terperangkap dalam dakwaan salah laku.

 Dan sewajarnya, ia ternyata malam besar bagi fi lem dan program TV yang menyampaikan cerita wanita, seperti ‘Three Billboards’ dan kisah kematangan ‘Lady Bird’ dari bahagian fi lem, dan rancangan TV yang popular ‘The Handmaid’s Tale’ dan ‘Big Little Lies’.

 Mesej keseluruhan di anugerah penyampaian hadiah tahunan yang basah kuyup dengan wain merah anjuran Persatuan Media Asing Hollywood itu adalah seruan bagi perubahan berterusan.

 “Orang sekarang tahu tentang ketidakseimbangan kuasa.

 Ia membawa kepada penganiayaan dalam industri kita.

 Ia ada di mana-mana,” kata Meryl Streep, yang dicalonkan untuk lakonannya dalam drama media ‘The Post’, di atas permaidani merah.

 - “Masa sudah tamat” -

Seth Meyers, yang membuat penampilan sulung sebagai pengacara anugerah Globe, memulakan acara dengan lawak demi lawak mengenai penentuan pasca Weinstein di Hollywood.

 “Sekarang 2018, ganja akhirnya dibenarkan dan gangguan seksual akhirnya tidak.

 Tahun ini pasti bagus,” kata pelawak larut malam NBC itu.

 “Bagi calon lelaki dalam bilik ini pada malam ini, ini adalah kali pertama dalam tempoh tiga bulan ia tidak akan menakutkan untuk mendengar nama anda dibaca dengan suara kuat.”

Mendahului kemenangan pada akhirnya adalah ‘Three Billboards’, fi lem Martin McDonagh yang hangat mengenai seorang ibu yang menentang pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan kes pembunuhan anak perempuannya.

 Ia memenangi trofi untuk drama terbaik, lakon layar terbaik, aktres terbaik bagi Frances McDormand dan pelakon pembantu terbaik bagi Sam Rockwell.

 “Golongan wanita di sini bukan kerana makanan, mereka di sini kerana kerja,” kata McDormand yang disambut dengan tepukan, dan menyebut tentang “anjakan tektonik dalam struktur kuasa industri kita”.

 Namun McDonagh tewas dalam kategori pengarahan kepada pembuat fi lem dari Mexico Guillermo del Toro, pengarah fi lem cinta fantasi ‘The Shape of Water’ yang menduduki tempat kedua bersama ‘Lady Bird’ masing-masing dengan dua anugerah.

 Pencalonan tiada sama sekali bagi pengarah wanita, yang mendorong kenyataan pedas dari tiga penyampai, Natalie Portman, Jessica Chastain dan Barbra Streisand.

 “Adakah apa yang saya dengar itu betul – saya adalah wanita tunggal yang menerima anugerah pengarah terbaik.

 Dan, anda tahu, itu adalah pada 1984? Itu adalah 34 tahun lalu? Masa sudah tamat,” kata Streisand mengenai kemenangannya untuk ‘Yentl’, sambil menyemak satu inisiatif anti-gangguan Sementara banyak pertandingan terbuka luas, James Franco (‘The Disaster Artist’) memang sudah diramal akan memenangi anugerah pelakon terbaik dalam fi lem muzikal/komedi.

 Franco – yang turut mengarah fi lem itu, yang mengisahkan tentang cerita yang tidak diduga mengenai ‘The Room’ arahan Tommy Wiseau pada 2003 yang gagal tetapi kemudian menjadi fi lem hit yang popular – memberi penghargaan kepada adiknya yang turut berlakon bersamanya Dave, dan memberitahu selebriti yang berhimpun: “Saya menyayanginya lebih daripada segalanya.

 Terima kasih kepada ibu saya kerana memberi dia kepada saya.”

Saoirse Ronan (‘Lady Bird’) menewaskan Margot Robbie (‘I, Tonya’) dalam kategori aktres terbaik yang jauh lebih sengit, dan Ronan kembali ke atas pentas sekali lagi bersama pengarahnya Greta Gerwig apabila cerita kematangan itu memenangi fi lem komedi terbaik.

 Gary Oldman, yang menerima pujian meluas kerana menyerap diri sepenuhnya ke dalam watak perdana menteri Britain pada zaman perang Winston Churchill dalam ‘Darkest Hour’, membawa pulang anugerah Globe bagi aktor terbaik dalam drama.

 Di atas skrin kecil rancangan HBO ‘Big Little Lies’ memenangi tiga anugerah lakonan yang jarang sekali berlaku untuk Nicole Kidman, Alexander Skarsgard dan Laura Dern, dan satu lagi trofi untuk siri TV terhad terbaik.

 “Rancangan ini banyak sekali mengenai kehidupan yang kita sampaikan kepada dunia yang mungkin sangat berbeza berbanding kehidupan yang kita jalani di sebalik pintu tertutup,” kata Reese Witherspoon, yang menerbit dan berlakon dalam siri itu, yang menangani isu penderaan domestik.

 “Jadi saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menamatkan kesenyapan mereka pada tahun ini dan bersuara mengenai penganiayaan dan gangguan.”

Kidman, yang berlakon sebagai seorang isteri yang didera dalam rancangan itu, berkata dia berharap rancangan itu dan lain-lain dapat “mencungkil perubahan”, manakala Dern menggesa Hollywood untuk menyokong bekas mangsa penganiayaan.

 ‘The Handmaid’s Tale’ menyusuli kejayaannya di Anugerah Emmy dengan menewaskan siri yang sentiasa memenangi anugerah ‘Game of Thrones’ untuk membawa pulang anugerah Globe bagi siri drama TV terbaik dan aktres terbaik bagi Elisabeth Moss.

 — AFP