Anda di sini

Bot pendatang Venezuela karam, 4 maut

Advertisement
 Pegawai forensik mengangkat beg mengandungi mayat yang ditemui di pantai,                          dekat Willemstad, Curacao, selepas bot membawa pendatang Venezuela karam. — Gambar Reuters/AFP
MALANG: Pegawai forensik mengangkat beg mengandungi mayat yang ditemui di pantai, dekat Willemstad, Curacao, selepas bot membawa pendatang Venezuela karam. — Gambar Reuters/AFP

CARACAS: Sekurang-kurangnya empat orang lemas dan beberapa lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bot membawa pendatang Venezuela karam dalam perjalanannya ke pulau Curacoa di Caribbean, menurut pihak polis di sana.

Polis memberitahu laman sesawang Curacao News mereka telah menemui mayat dua wanita dan dua lelaki, serta sedang mencari “untuk melihat sekiranya terdapat lebih ramai lagi”.

Kira-kira 30 orang berada di dalam bot ketika ia be-layar dari La Vela de Coro di barat laut wilayah Falcon di Venezuela, lapor media Venezuela.

Luis Stefanelli, seorang timbalan pembangkang di Falcon, memberitahu wartawan bot tersebut dipenuhi oleh “kira-kira 30 orang, semua mereka berusia bawah 35 tahun, beberapa lagi masih bawah umur.”

Beliau berkata setiap seorang telah membayar penyeludup sejumlah $100 “untuk dibawa ke pulau berhampiran Aruba.”

Ia adalah mustahil untuk menentukan berapa ramai” terkorban, menurut beliau, kerana mereka yang berjaya sampai ke tepi pantai “telah menyembunyikan diri mereka sendiri kerana mereka bimbang dengan situasi mereka sebagai pendatang haram.”

Polis Curacao berkata mereka telah menahan dua lelaki dipercayai sebagai pendatang di kawasan di mana mayat ditemui.

Orang yang meninggalkan Venezuela mengetahui bahawa terdapat banyak risiko, banyak bot yang tidak sesuai digunakan dan terdapat kemungkinan besar bahawa mereka akan ditangkap,” kata jurucakap.

Insiden berlaku di tengah-tengah ketegangan antara Venezuela dan pulau-pulau Aruba, Curacao dan Bonaire di Caribbean, selepas Presiden Nicolas Maduro meng-arahkan penutupan laluan udara dan laut ke pulau-pulau tersebut disebabkan oleh penyeludupan.

Saintis sosial Tomas Paez berkata seramai lebih 500,000 rakyat Venezuela telah me-ninggalkan negara sepanjang dua tahun lepas ketika krisis ekonomi yang mendalam berpunca daripada harga minyak yang rendah, inflasi dan rasuah berleluasa telah menjejaskan ekonomi negara Amerika Selatan yang kaya dengan minyak ini. — AFP

Advertisement