Anda di sini

Tiga kes curi dicatatkan di Sibu dalam sehari

Advertisement

SIBU: Dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah motosikal dilaporkan hilang, dipercayai dicuri di tiga lokasi berasingan di sini Selasa lalu.

Kes pertama libatkan sebuah 4WD diletakkan di tempat parkir kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Upper Lanang jam 7 petang Selasa lalu.

Menurutnya, kereta diparkir keadaan berkunci namun didapati hilang di tempat letak kereta tersebut dua jam kemudian.

Ahli perniagaan terbabit membeli 4WD pada April 2014 dan kerugian dianggarkan RM90,000.

Manakala kes kedua juga melibatkan sebuah 4WD yang dilaporkan hilang dicuri di tempat letak kereta di Jalan Mahsuri jam 4 petang hari yang sama.

Pengadu, 43, seorang penjawat awam, memberitahu dia memarkir 4WD miliknya di tempat kejadian pada jam 1 pagi hari tersebut.

Kerugian yang dialami dianggarkan RM60,000.

Lewat petang hari sama, sebuah motosikal dilaporkan hilang dicuri di Jalan Hardin antara jam 6.20 petang hingga 7.30 malam.

Menurut pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu, beliau meletakkan motosikalnya di bawah rumah sewanya dalam keadaan baik dan berkunci.

Kecurian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM2,500.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan tentang kes-kes tersebut.

Advertisement