Anda di sini

Sembilan kampung di pitas terjejas banjir

Advertisement

KOTA KINABALU: Sembilan kampung di Daerah Kecil Pitas, kira-kira 180 kilometer  dari sini, terjejas banjir ekoran hujan berterusan sejak petang kelmarin.

Kampung terlibat adalah Kampung Rukom Ulu, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Sibaung, Kampung Kebatasan Laut, Kampung Sulakolung Kanibongan, kampung Kutoyon Kanibongan, Kampung Masin Besar Kanibongan, Kampung Kanibongan dan Kampung Mandamai.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kampung Rokum Ulu iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum dan proses pendaftaran mangsa kini masih berjalan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan  Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata empat sekolah ditutup ekoran terjejas banjir melibatkan 600 pelajar dan 64 guru.

Sekolah yang terlibat adalah SK Kanibongan, SK Dallass, SK Kusilad dan  SK Sosop. — Bernama

Advertisement