Anda di sini

Fitnah Tun Taib, polis cari dua netizen

Advertisement
 


KUCHING: Polis sedang mengesan dua individu dikatakan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi 'surat palsu' dimuatnaik di Facebook masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata siasatan mula dijalankan setelah polis menerima laporan daripada beberapa pihak.

Ketika dihubungi malam ini, Dev berkata kes disiasat sebagai fitnah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.  

"Setakat ini (jam 10 malam) dua laporan polis telah kita terima. Satu di Miri dan satu lagi di Balai Polis Gita, Kuching," katanya.

Kandungan status Facebook itu antara lain kononnya Tun Taib ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak menulis surat kepada seseorang untuk memancing undi.

Advertisement