Anda di sini

FAS belum muktamad senarai pemain Liga Perdana 2018

Advertisement
 Ian Andrew memberi kata-kata semangat kepada bakal skuad Sarawak FA yang akan mengharungi cabaran Liga Perdana 2018.
SIAPKAN JENTERA: Ian Andrew memberi kata-kata semangat kepada bakal skuad Sarawak FA yang akan mengharungi cabaran Liga Perdana 2018.

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih lagi berteka teki dengan senarai pemain yang bakal menyarung jersi skuad Bujang Senang dalam menggalas cabaran Liga Perdana 2018.

Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan b e r k a t a , p i h a k n y a belum lagi memuktamadkan pemilihan pemain termasuk calon import asing.

“Kita tunggu Presiden FAS Dato Posa Majais umumkan senarai penuh nama pemain bagi skuad Sarawak FA nanti.

“Buat masa ini, senarai pemain belum dimuktamadkan kerana masih menunggu keputusan ujian perubatan kesemua mereka termasuk pemain import kita,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ma l a h , Ra z a l i me n e g a s k a n , pemilihan pemain import bagi mengisi kekosongan kuota Asia masih lagi dilakukan dan sehingga kini hanya seorang pemain dari Australia tampil untuk menjalani ujian tersebut.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut dan mendedahkan identiti pemain dari Australia itu.

“Setakat ini, hanya seorang sahaja yang datang untuk pemilihan bagi mengisi kouta pemain import Asia.

“Jika tidak ada masalah, mungkin kita akan khidmat dari pemain Australia bagi mengisi kouta import Asia ini,” jelasnya.

Kelmarin, Posa memaklumkan bahawa FAS akan mengumumkan senarai penuh skuad Sarawak FA pada hari ini (12 Januari).

Katanya, pihak FAS kini dalam proses akhir mendapatkan khidmat beberapa pemain import bagi memenuhi kouta ditetapkan badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada sesi latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam diketuai Ketua Jurulatih Ian Andrew Gillan, hanya tiga pemain import dilihat menjalani latihan bersama barisan pemain tempatan lain iaitu, Mateo Roskam, Milos Raickovic dan Nebojsa Marinkovic.

Advertisement