Anda di sini

Tiga cedera selepas van terbabas

Advertisement
 Tiga individu cedera selepas sebuah van terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Maang pada Isnin.
TERBABAS: Tiga individu cedera selepas sebuah van terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Maang pada Isnin.

PENAMPANG: Tiga individu mengalami kecederaan selepas van jenis Toyota Hiace yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Maang, di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Mohd Akramin Sakirun berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 4.18 petang.

Katanya seramai enam anggota BBP Penampang segera digegaskan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi penyelamatan.

Sebaik tiba di lokasi, anggota mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di dalam bas mini yang terbabas ke dalam longkang.

Kesemua mangsa berumur 17 hingga 19 tahun berjaya dikeluarkan dan dihantar menggunakan jentera EMRS ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan operasi ditamatkan beberapa minit selepas itu.

Advertisement