Anda di sini

Seorang maut, 800 cedera dalam perarakan Katolik Filipina

Advertisement
 Penganut Katolik berebut memanjat ke atas pedati yang membawa imej ‘Black Nazarene’ ketika jutaan mengambil                     bahagian dalam perarakan tahunan agama tersebut di Chinatown, Metro Manila, kelmarin. — Gambar Reuters
BEREBUT: Penganut Katolik berebut memanjat ke atas pedati yang membawa imej ‘Black Nazarene’ ketika jutaan mengambil bahagian dalam perarakan tahunan agama tersebut di Chinatown, Metro Manila, kelmarin. — Gambar Reuters

MANILA: Seorang penganut meninggal dunia dan lebih 800 lagi tercedera di ibu negara Filipina ketika berjuta-juta orang menyertai perarakan keagamaan yang menampilkan imej hitam Jesus, kata pihak berkuasa semalam.

Acara tahunan ‘Black Nazarene’, salah satu perayaan Katolik terbesar di dunia, telah menarik 3.5 juta penganut yang berkaki ayam kelmarin dalam apa yang dinyatakan oleh pihak polis sebagai satu acara yang “biasanya aman” di sebalik orang ramai ber-asak-asak untuk menyentuh patung tersebut.

Bagaimanapun seorang bekas pegawai penjara me-ninggal dunia akibat sera-ngan jantung selepas me-nyertai orang ramai berebut memanjat ke atas pedati yang membawa imej ‘Black Nazarene’ pada pagi kelmarin, kata pegawai perbandaran dan polis.

Orang ramai di negara Asia yang kebanyakan beragama Katolik mempertaruhkan nyawa dan anggota badan mereka untuk mencium atau menyentuh ikon tersebut dengan tuala, dipercayai bahawa ‘Black Nazarene’ memiliki kuasa keajaiban.

Dua orang meninggal dunia semasa acara pada 2016.

Lebih 800 lagi tercedera dalam perarakan pada tahun ini, termasuk seorang yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan tulang belakang akibat terjatuh, kata Palang Merah Filipina.

Perarakan bermula sebelum awal pagi kelmarin dan berakhir selepas tengah malam, kira-kira 22 jam kemudian.

Semasa perarakan pihak polis telah menutup isyarat telefon bimbit di banyak kawasan di Manila bagi menghalang serangan keganasan yang berpotensi ketika per-arakan. — AFP

Advertisement