
TEBOURBA: Pertelingkahan baharu meletus malam kelmarin antara polis dan penunjuk perasaan Tunisia, sehari selepas kematian seorang lelaki dalam demonstrasi ganas berhubung kos semakin tinggi dan dasar berjimat cermat oleh kerajaan.
Ratusan orang muda me-nunjuk perasaan di Tebourba, ke barat Tunis, dan melontar batu ke arah pasukan kese-lamatan yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, kata seorang wartawan AFP.
Pertelingkahan sama kelihatan di dua wilayah pedalaman yang mundur Kasserine dan Jelma, dekat Sidi Bouzid, tempat asal tunjuk perasaan yang mencetuskan pemberontakan ‘Arab Spring’ pada 2011. Pertelingkahan turut meletus di bandar tengah Gafsa, kata AFP.
Bedah siasat dijalankan kelmarin untuk menentukan bagaimana soerang lelaki dalam lingkungan usia 40-an mati sewaktu demonstrasi pada malam sebelum itu di Tebourba, tetapi hasilnya tidak didedahkan dan kontroversi terus wujud berhubung kematiannya.
Polis menegaskan mereka tidak membunuhnya, dan berkata dia mengalami “masalah penafasan”.
Perdana Menteri Youssef Chahed mengecam pergolakan pada malam Isnin lepas, dan memberitahu sebuah stesen radio “kita tidak menyaksikan protes, sebaliknya orang yang memecah benda, mencuri dan menyerang warga Tunisia”.
“Kerajaan bersedia untuk mendengar tetapi setiap orang yang mahu berdemonstrasi mesti berbuat demikian dengan aman,” katanya.
Tunisia sudah menyaksi-kan protes selama beberapa hari setelah aktivis dan ahli politik mengecam kenaikan cukai nilai tambah (VAT) dan sumbangan sosial yang diperkenalkan pada awal tahun ini selepas bajet baharu yang keras dilaksanakan.
Kelmarin perhimpunan aman sekitar seratus orang diadakan di tengah Tunis untuk menyeru agar langkah berjimat cermat ditamatkan kerana ia dijangka akan meningkatkan lagi kos sara hidup.
“Kemiskinan dan kebuluran sudah meningkat, ya warga yang tertindas!” laung penunjuk perasaan, keba-nyakannya orang muda.
Mereka menyenaraikan tuntutan mereka, termasuk penggantungan Akta Kewangan 2018 dan kepulangan kepada harga sebelum ini bagi komoditi, kata Hamza Nasri dari sebuah kumpulan kempen yang mengetuai protes.
Ratusan orang, keba-nyakannya sangat muda, turut berdemonstrasi di Regueb, di bahagian tengah negara yang mundur, kata seorang wartawan AFP.
Menteri Kewangan Ridha Chalghoum berkata kerajaan berhasrat untuk mengekal-kan kenaikan cukai tetapi menegaskan kenaikan VAT tidak memberi impak kepada “keperluan asas”.
“Di antara pencapaian demokrasi adalah peluang untuk berdemonstrasi, tetapi kita juga ada kewajipan untuk bekerja bagi ekonomi Tunisia yang sihat,” katanya kepada AFP.
Protes biasa berlaku di negara Afrika Uatra itu pada bulan Januari apabila rakyat Tunisia memperingati ulang tahun pemberontakan pada 2011 yang menggulingkan diktator Zine El Abidine Ben Ali. — AFP