Anda di sini

Ikhlas adalah rahsia Sheila On 7 kekal bertahan selama 22 Tahun

 Pemain bass kumpulan Sheila On 7, Adam (tengah), Produser Eksekutif Shira Sdn Bhd, Shirazdeen Karim (kiri) dan juga pemain gitar Sheila On 7 Eros (kanan) semasa sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SIDANG MEDIA: Pemain bass kumpulan Sheila On 7, Adam (tengah), Produser Eksekutif Shira Sdn Bhd, Shirazdeen Karim (kiri) dan juga pemain gitar Sheila On 7 Eros (kanan) semasa sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKHLAS dalam setiap perkara yang dilakukan, menjadi rahsia kumpulan Sheila On 7 untuk terus kekal bertahan dalam industri muzik.

Sheila On 7 yang menyambut ulangtahun ke 22 penubuhannya tahun ini merupakan kumpulan lagenda dari Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sephia’ dan ‘Berhenti Berharap’.

Pemain bass, Adam ketika ditemui media di Bangunan G Tower baru-baru ini berkata, mereka tidak mempunyai formula khusus untuk terus ‘hidup’ dalam industri muzik.

Sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang rahsia khusus sehingga mampu bertahan ke hari ini namun kami akui bukan mudah untuk terus mengekalkan nama dalam dunia nyanyian.

Kami percaya pada konsep lakukan apa yang disukai dan melakukan sesuatu tanpa paksaan, mungkin perkara itu yang menjadi ‘energy’ Sheila On7 untuk terus diingati peminat sama ada di Indonesia atau Malaysia,” tambah Adam.

Sementara itu, mengulas perancangan untuk menghasilkan album selepas album ‘Musim Yang Baik’ pada 2014, perkara tersebut masih di peringkat perancangan.

Pemain gitarnya, Eros berkata, buat masa ini mereka hanya mengeluarkan single terlebih dahulu.

Mungkin selepas mengeluarkan empat atau lima single baru kami hasilkan album bagi memenuhi permintaan peminat.

Mengikut perancangan tahun ini kami akan mengeluarkan tiga single dan yang terdekat single ‘Film Favorit’ yang akan berkumandang di corong radio bermula bulan ini,” kata Eros.

Bagaimanapun, kataya, perancangan untuk menerbitkan album tetap ada sama ada hujung tahun ini atau awal 2019. — Bernama