Anda di sini

Air Strike 2 terus dominasi carta Liga Boling Trio MAW 159 dan Ke Bawah

Advertisement

KUCHING: Saingan Liga Boling Trio Megalanes Adventure World (MAW) 159 dan Ke Bawah menyaksikan pasukan Air Strike 2 terus mendominasi carta dengan pungutan 357.96 mata keseluruhan.

 Pendahulu liga itu dilihat selesa dengan kedudukan semasa selepas menewaskan Last Menet Bowlers dengan 15-5.

 Sementara itu, tempat kedua diekori pencabarnya, Charrott Charrott dengan 339.70 mata.

 Charrott Charrott turut melakarkan kemenangan bergaya 11-9 ke atas Silent Killer, manakala RVS naik ke tangga ketiga walaupun tewas kepada Ball N Roses.

 Ia berikutan kekalahan mengejut (3-17) Gutter Gangs di tangan PBA Mix sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan keempat.

 Manakala Last Menet Bowlers kekal di tangga kelima selepas mengalami kekalahan pada aksi menentang Air Strike 2.

 Ahad ini bakal menyaksikan setiap pasukan melengkapkan pusingan akhir bagi menentukan juara keseluruhan liga.

 Kemudian para pemain akan berentap dalam Liga Master Mini yang akan berlangsung pada 21 Januari ini.

Advertisement