Anda di sini

Perarakan Black Nazarene di Manila

Advertisement

Ratusan ribu penganut Roman Katolik membanjiri ibu negara Filipina, bandarlah

 Para penganut berpaut pada salib yang membawa imej Black Nazarene semasa perarakan tahunan Roman Katolik di Manila, semalam. — Gambar Reuters
PERHIMPUNAN KEAGAMAAN: Para penganut berpaut pada salib yang membawa imej Black Nazarene semasa perarakan tahunan Roman Katolik di Manila, semalam. — Gambar Reuters

MANILA: Ratusan ribu penganut, kebanyakannya berkaki ayam, menyertai perarakan besar-besaran patung di bandar utama Filipina semalam untuk patung hitam Jesus Christ, dalam salah satu perayaan keagamaan tahunan terbesar di negara majoriti Roman Katolik itu.

Penganut setia  berkumpul di luar bandar Manila untuk mengekori pedati membawa patung hitam dikenali sebagai ‘Black Nazarene’ yang dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan dalam satu perarakan yang bermula awal pagi.

Golongan lelaki mengelilingi pedati yang ditarik dengan tali, sementara orang ramai melambaikan tuala dan sapu tangan sebagai petanda pujian buat imej Jesus Christ sebesar manusia melutut memikul salib.

Perarakan dan upacara keagamaan lain turut diadakan di tempat lain di negara tersebut yang mempunyai kira-kira 105 juta penganut Roman Katolik.

Memetik anggaran pihak polis, media tempatan menyatakan perayaan pada tahun ini mungkin menarik 17 juta penganut dari seluruh negara, segelintir ingin mendapatkan kesembuhan untuk penyakit dan pengampunan bagi dosa serta sebahagian lagi menyampaikan rasa syukur.

Kira-kira 380,000 terlibat dalam perarakan di Manila, berdasarkan anggaran awal tengah hari oleh pihak polis, tidak termasuk mereka yang menunggu di tempat lain di sepanjang laluan perarakan.

Menjelaskan tentang kepercayaan kuat rakyat Filipina, paderi Katolik terkenal Monsignor Sabino Vengco memberitahu CNN Filipina: “Rakyat akan menderita kesakitan, usia tua, begitu menyakitkan dan penderitaan akan selalu berada di sana.”

Akan sering terdapat keperluan untuk seseorang, dan itu adalah sebenarnya Jesus.”

Pihak Palang Merah Filipina menyatakan ia telah membantu lebih 600 penganut yang mengadu kurang sihat, atau mengalami kecederaan pada pagi perarakan ketika  peserta semakin ramai dan kebanyakannya menjerit berebut memegang ikon tersebut.

Lebih 4,000anggota polis dan tentera dikerahkan bagi memastikan perarakan dijalankan secara aman, menurut Ketua Polis Manila Oscar Albayalde. — Reuters

Advertisement