Anda di sini

Lelaki maut jatuh cenuram ketika rakam gambar

Advertisement
Rakaman ngeri menunjukkan Halil melonjak dari batu sebagai kenangan sempena hari jadinya sebelum hilang imbangan dan jatuh dari cenuram. Foto Daily Mail
Rakaman ngeri menunjukkan Halil melonjak dari batu sebagai kenangan sempena hari jadinya sebelum hilang imbangan dan jatuh dari cenuram. - Foto Daily Mail

TURKI: Bapa lapan anak, 39 tahun maut apabila terjatuh selepas mengambil gambar sempena hari jadinya di tepi cenuram baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Rakaman menunjukkan Halil Dağ hilang imbangan selepas melompat dari batu besar di atas istana Urfa yang bersejarah, selatan Turki sebelum tergolek dan terus jatuh dari cenuram setinggi 150 kaki.

Meskipun cuba berpaut pada sesuatu untuk mengelakkan daripada terjatuh, lelaki berkenaan terus terhumban ke bawah, berhampiran sebuah restoran.

Rakan-rakannya bergegas untuk membantu tetapi sudah terlambat. 

Keluarganya yang terkejut dan bersedih atas kejadian itu, mengkebumikan myatnya di Tanah Perkuburan Abdurrahman Dede, kata Daily Mail yang memetik laporan The Sun.
 

Advertisement