Anda di sini

Drama hari perkahwinan

Advertisement

INDIA: Pertengkaran mengenai makanan bertukar menjadi perkelahian beramai-ramai pada sebuah majlis perkahwinan di Agra, Uttar Pradesh di utara India, awal bulan ini.

Menurut laporan Daily Mail, saksi memberitahu, terdapat pertengkaran mengenai makanan dihidangkan pada majlis itu sebelum ahli keluarga dari kedua-dua pihak pengantin hilang kawalan. 

Video yang dirakam menunjukkan tetamu saling bertarung, dari menggunakan tangan hingga ke kerusi dan meja.

Seorang tetamu memukul seorang lagi tetamu menggunakan kerusi - Foto Daily Mail

Seorang lelaki turut kelihatan memukul seorang pemuda di atas kepala dan cuba untuk menolaknya dari pagar tangga menggunakan sebuah bangku.

Para tetamu dilihat melarikan diri dari tempat kejadian, termasuk wanita dalam pakaian perkahwinan mereka yang membawa anak-anak kecil di tangan mereka.

Tetamu dilihat melempar perabot ke arah mereka yang melarikan diri, dengan kerusi berterbangan dan mengena beberapa orang. 

Berita tempatan melaporkan keluarga pengantin lelaki mempunyai perniagaan melibatkan penjualan bes manakala pengantin perempuan adalah keluarga tukang gunting rambut.

Tidak dapat dipastikan jika ada kecederaan serius atau memerlukan rawatan dilaporkan, selepas pergaduhan besar-besaran tersebut.
 

Advertisement