Anda di sini

Vietnam dakwa bekas eksekutif minyak

Advertisement

‘Diculik’ dari Jerman oleh pengintip dihantar Hanoi untuk berdepan perbicaraan antirasuah

 Thang (tengah) dibicarakan bersama Thanh (duduk kiri) di Mahkamah Rakyat Hanoi semalam. — Gambar AFP
KEMPEN ANTIRASUAH: Thang (tengah) dibicarakan bersama Thanh (duduk kiri) di Mahkamah Rakyat Hanoi semalam. — Gambar AFP

HANOI: Perbicaraan keas rasuah seorang bekas eksekutif minyak Vietnam yang dikatakan diculik dari Jerman oleh beberapa pengintip yang dihantar Hanoi dibuka semalam, dalam kes berprofil tinggi yang membawa hukuman mati.

Kerajaan komunis Vietnam melancarkan kempen antirasuah secara besar-besaran yang dituduh pemerhati berbaur politik dan mencerminkan kempen antirasuah negara jiran China.

Beberapa bekas pegawai, pegawai bank dan eksekutif negara ditangkap atau dipenjarakan, termasuk seorang pegawai bank kanan yang telah dijatuhkan hukuman mati.

Sebuah mahkamah di Hanoi semalam menyatakan ia telah memulakan prosiding terhadap Trinh Xuan Thanh, bekas ketua PetroVietnam Construction (PVC) yang dijalankan negara, atas tuduhan salah pengurusan dan penyelewengan.

Thanh hadir di mahkamah bersama bekas anggota biro politik Dinh La Thang dan 20 pegawai kanan lain.

Mereka dituduh menyebabkan kerugian AS$5.2 juta terhadap negara gara-gara pelaburan PetroVietnam dalam pembinaan sebuah loji kuasa termal.

Pihak berkuasa Jerman menyatakan Thanh diculik dari sebuah taman di Berlin pada Julai, sekali gus mengecam operasi penculikan gaya berani Perang Dingin sebagai pencabulan penuh skandal terhadap kedaulatannya.

Vietnam menafikan penculikan dan sebaliknya menegaskan Thanh yang melarikan diri pulang ke tanah air secara sukarela bagi berdepan dengan tuduhan.

Ini adalah satu kes yang sangat serius dan menarik perhatian umum,” menurut pengumuman dalam talian oleh Mahkamah Rakyat Hanoi, sambil menambah semua tertuduh memegang jawatan penting dalam beberapa institusi besar milik negara.

Dalam perbicaraan selama dua minggu itu kelak, Thang dan Thanh berdepan hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan pengurusan.

Sebagai tambahan Thanh berdepan satu tuduhan penyelewengan, yang membawa kepada hukuman mati.

Kejatuhan Thanh dan lelaki lain di dalam perbicaraan tersebut mengejutkan orang awam yang biasanya tidak mempersoal peranan pegawai dalam sebuah negara pemerintahan kuku besi yang secara rutinnya akan menepis tentangan.

Namun kepimpinan Vietnam dilihat cuba mempertingkat kemampuannya membanteras rasuah, menurut pakar, termasuk menjatuhkan musuh politik.

Dalam kes berkaitan, pada minggu lepas Singapura menghantar pulang pegawai perisikan Vietnam Phan Van Anh Vu, yang memegang jawatan kanan dalam polis rahsia.

Vu cuba mendapatkan perlindungan suaka di Jerman, menurut peguamnya, mempertikaikan dia mungkin mempunyai maklumat mengenai penculikan Thanh di n negara Jerman.

Transparency International meletakkan Vietnam pada kedudukan 113 daripada 176 dalam indeks rasuahnya, lebih teruk berbanding dengan negara jiran Asia Tenggara Thailand, Filipina dan Myanmar. — AFP

Advertisement