Anda di sini

Angah pengemudi baharu ‘Pagi Di SINAR’ bersama Jep & Rahim

Advertisement
__alt__

BERTEMPAT di Umai Café Putrajaya, hari Jumaat lepas merupakan siaran luar pertama yang dianjurkan oleh SINAR bersama barisan penyampai Pagi Di SINAR, Angah (Raja Lawak), Rahim dan Jep.

 Bermula seawal 5.30 pagi lagi, mereka telah berada di lokasi acara siaran luar untuk bertemu dengan para peminat yang rata-rata ingin melihat mereka secara lebih dekat lagi.

 Siaran luar pertama sempena permulaan tahun 2018 ini, turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan artis terkenal tanah air antaranya Siti Nordiana, Lan Solo dan Cherpen band.

 Sesi ramah mesra antara pengemudi baharu Pagi Di SINAR pada hari itu juga bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim para penyampai segmen pagi SINAR bersama para peminat.

 Kata Angah, penyampai Pagi Di SINAR, “Saya sangat teruja dan gembira apabila melihat sebegitu ramai orang yang hadir untuk menyaksikan saya dan rakan-rakan keudara secara langsung di sini.

 Walaupun ini merupakan pertama kali saya bersiaran luar, saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan di SINAR yang banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan kepada saya.

 “Kerjaya sebagai penyampai radio akan membuatkan saya lebih bersemangat setiap pagi untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang penyiaran ini.

 Terima kasih kepada semua peminat, rakanrakan yang tidak hentihenti memberikan katakata semangat kepada saya,” tambahnya.

Advertisement