Anda di sini

Winnie Albert pukau warga UNIMAS dengan persembahan tersendiri

Advertisement
 Persembahan mantap dan bertenaga Winnie di ‘Home Concert’ UNIMAS baru-baru ini
TERSENDIRI: Persembahan mantap dan bertenaga Winnie di ‘Home Concert’ UNIMAS baru-baru ini

KUCHING: Penyanyi Iban bersuara lantang, Winnie Albert memukau warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada ‘Home Concert’ di universiti tersebut baru-baru ini.

Terkenal dengan lagu ‘Beperang Dalam Petang’, Winnie membuat persembahan penuh bertenaga dengan gayanya yang tersendiri.

Penampilan Winnie pada konsert tersebut adalah atas undangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

Sepanjang persembahan tersebut Winnie diiringi oleh FACA Symphony Orchestra & Society dipimpin Yoesbar Djaelani dibantu Mohd Fairuz Zamani yang juga Penyelaras Program Muzik UNIMAS.

Selain Winnie, konsert tersebut turut disertai oleh ahli-ahli muzik UNIMAS yang menyampaikan pelbagai lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris, Iban, Cina, Hindustan serta Dusun/Kadazan.

Bercakap mengenai konsert tersebut, Winnie berkata beliau amat berbangga kerana diundang untuk membuat persembahan pada konsert tersebut.

Menurutnya, membuat persembahan di hadapan pelajar-pelajar bidang muzik adalah mencabar dan tidak sama seperti persembahan di tempat awam.

“Mereka (pelajar muzik) boleh membuat penilaian mereka sendiri ke atas mutu nyanyian penyanyi seperti kami,” katanya.

“Sebab itu, lagu-lagu yang saya pilih pada malam itu adalah lagu-lagu yang mereka minati dan pernah popular seperti lagu ‘Beperang Dalam Petang’ dan ‘Kaban Makai Kaban’.

“Lagu-lagu lain termasuklah ‘Simply The Best’ dan ‘How Could An Angel Break My Heart’ daripada Toni Braxton,” kata Winnie yang turut disertai oleh penyanyi Alexander Peter Chelum pada konsert tersebut.

Program ‘Home Concert’ yang dianjurkan tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti tahun oleh Program Muzik, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

Konsert ini merupakan platform untuk para pelajar program muzik di universiti tersebut mengetengahkan bakat masing-masing dalam bidang yang mereka ceburi.

  • oleh
  • Advertisement