Anda di sini

Trump ugut potong bantuan AS$319 juta kepada Palestin

Advertisement

Undang teguran bahawa Palestin tidak akan ‘diperas ugut’

 Aktivis Majlis Difa-e-Pakistan melaungkan slogan anti-AS ketika membantah ancaman Trump untuk menghentikan bantuan kepada Pakistan. Trump kelmarin turut mengugut untuk memotong bantuan bernilai lebih AS$300 juta setahun kepada penduduk Palestin. — Gambar AFP
PROTES: Aktivis Majlis Difa-e-Pakistan melaungkan slogan anti-AS ketika membantah ancaman Trump untuk menghentikan bantuan kepada Pakistan. Trump kelmarin turut mengugut untuk memotong bantuan bernilai lebih AS$300 juta setahun kepada penduduk Palestin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Do-nald Trump mengakui proses damai Timur Tengah berada dalam kesusahan dan meng-ugut untuk memotong bantuan bernilai lebih AS$300 juta (RM1.29 bilion) setahun kepada penduduk Palestin, yang mengundang teguran bahawa mereka tidak akan “diperas ugut”.

Kita membayar penduduk Palestin ratusan juta dolar setahun tetapi tidak menerima sebarang penghargaan mahupun penghormatan,” tweet Trump.

Memandangkan penduduk Palestin tidak lagi bersedia untuk membincangkan keamanan, kenapakah kita harus membuat sebarang pembayaran yang begitu besar ini pada masa depan kepada mereka?”

Ia tidak segera jelas sama ada Trump mengancam seluruh bajet, bernilai AS$319 juta (RM1.37 bilion) pada 2016, menurut perangkaan kerajaan AS.

Kami tidak akan diperas ugut,” pegawai kanan Palestin Hanan Ashrawi menyebut dalam satu kenyataan semalam setelah tweet Trump.

Presiden Trump telah mensabotaj usaha kita untuk mencari keamanan, kebebasan dan keadilan. Sekarang beliau berani menyalahkan penduduk Palestin bagi akibat daripada tindakannya sendiri yang tidak bertanggung-jawab!”

AS sudah lama menyediakan bantuan keselamatan dan sokongan bajet yang amat diperlukan kepada Pihak Berkuasa Palestin, selain bantuan tambahan sebanyak AS$304 juta (RM1.31 bilion) bagi program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Tebing Barat dan Gaza.

Jika Trump tidak mengota-kan katanya yang lazimnya kasar, mesej itu kemungkinan dilihat pada asasnya sebagai bersifat politik.

Trump memegang kuasa dengan dakwaan bahawa beliau dapat mencapai “perjanjian mutlak” untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh presiden sejak hujung zaman 1960-an.

Kebanyakan waktu sejak setengah abad yang lalu, AS dilihat sebagai pengadil proses damai yang amat diperlukan – walaupun kadang-kadang ia tidak sempurna.

Tindakan Trump kemungkinan akan meningkatkan lagi keraguan mengenai perkara itu.

Beliau telah mengenakan tekanan ke atas penduduk Palestin untuk mencapai persetujuan, mengugut untuk menutup “kedutaan” hakiki di Washington, mengiktiraf tuntutan Israel yang dipertikaikan ke atas Baitulmaqdis dan sekarang mengugut bantuan.

Usaha untuk mengambil kesempatan ke atas hubungan Arab-Israel yang lebih baik bagi mendapatkan perjanjian damai sekurang-kurangnya sudah terbabas dari landasan disebabkan oleh keputusannya untuk mengiktiraf Bai-tulmaqdis sebagai ibu negara Israel, yang melanggar dasar Amerika selama berdekad-dekad.

Keputusan itu mencetus-kan kecaman diplomatik yang hampir sejagat selain protes berdarah di wilayah Palestin.

Ia juga mendorong Presiden Palestin Mahmud Abbas – berusia 82 tahun dan berdepan dengan prospek memasuki buku sejarah sebagai pemimpin yang “kehilangan Baitulmaqdis” – untuk membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Mike Pence.

Pemimpin Kristian dan Muslim di Mesir turut meng-ambil langkah yang sama.

Pence terpaksa menangguhkan lawatannya pada Disember lepas ke Timur Tengah sehingga hujung bulan ini dan pembantu kelmarin terpaksa menolak khabar angin mengenai penangguhan seterusnya.

Seperti apa yang kami sebut selama ini, naib presiden akan pergi ke Timur Tengah pada Januari,” kata jurucakap Pence, Alyssa Farah.

Kami sedang memuktamadkan butiran dan akan mengumumkan perkara khusus bagi lawatan sepenuhnya dalam masa beberapa hari akan datang.” — AFP

Advertisement