Anda di sini

Khamenei salahkan ‘musuh’ bagi pergolakan

Advertisement

Tatkala keganasan telah meragut 21 nyawa dan AS cuba meningkatkan tekanan ke atas rejim Islam itu

 Gambar serahan IRANIAN SUPREME LEADER’S WEBSITE menunjukkan Khamenei mengeluarkan kenyataan mengenai pergolakan yang sudah menyaksikan 21 kematian            di Tehran, kelmarin. — Gambar AFP
SALAH ‘MUSUH’: Gambar serahan IRANIAN SUPREME LEADER’S WEBSITE menunjukkan Khamenei mengeluarkan kenyataan mengenai pergolakan yang sudah menyaksikan 21 kematian di Tehran, kelmarin. — Gambar AFP

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran menyalahkan “musuh” kelmarin bagi pergolakan yang sudah menyaksikan 21 kematian manakala Washington cuba meningkatkan tekanan ke atas rejim Islam itu yang menghadapi ujian terbesar sejak sekian lama.

Dalam ucapan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan, Ayatollah Ali Khamenei akhirnya membuat kenyataan mengenai protes yang berlaku buat pertama kali sejak ia meletus Khamis lalu.

Musuh sudah bersatu dan menggunakan semua cara, wang, senjata, dasar dan khidmat keselamatan mereka untuk mewujudkan masalah bagi rejim Islam,” kata pe-mimpin tertinggi itu.

Musuh sentiasa mencari peluang dan sebarang rekahan untuk menyelinap dan menye-rang negara bangsa Iran.”

Malah golongan reformis, yang menyokong pergerakan protes terbesar terakhir pada 2009, mengecam pergola-kan itu dan sokongan yang diterimanya dari Amerika Syarikat (AS).

Namun mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk menangani rungutan eko-nomi yang telah mencetuskan protes.

Rakyat Iran berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan harian mereka, dan berhak untuk membuat tuntutan dan menunjuk pe-rasaan secara aman,” kata satu kenyataan dari Persatuan Ulama Berjuang, yang dike-tuai bekas presiden reformis Mohammad Khatami.

Malam pergolakan kelima pada malam antara Isnin dan Selasa menyaksikan enam penunjuk perasaan terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis di Qahderijan di wilayah tengah Isfahan, kata TV kerajaan.

Sekurang-kurangnya tiga bandar lain dekat hab kebudayaan Isfahan turut menyaksi-kan keganasan pada sebelah malam, yang menyebabkan kematian seorang anggota muda Pengawal Revolusi, seorang anggota polis dan seorang pemerhati.

Bilangan kematian kini dianggarkan 21 sejak protes bermula di bandar raya kedua Mashhad dan menular dengan cepat untuk menjadi cabaran terbesar bagi rejim Islam sejak demonstrasi besar-besaran pada 2009.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Federica Mog-herini lewat kelmarin mengecam “kehilangan nyawa manusia yang tidak dapat diterima” dan menyeru kepada “semua terbabit untuk mengelak keganasan”.

Apabila keganasan bertambah buruk, pihak berkuasa telah mempertingkatkan tangkapan, dengan sekurang-kurangnya 450 orang ditahan di Tehran sejak Sabtu dan 100 lagi di sekitar Isfahan pada Isnin lepas, media melaporkan.

Presiden AS Donald Trump, yang sudah berulang kali mengkritik Tehran sejak protes terbaharu bermula, memuji penunjuk perasaan kerana bertindak terhadap rejim “kejam dan korup” dan berkata rakyat Iran “ada sedikit makan, inflasi besar dan tidak ada hak asasi manusia”.

Kementerian Luar Iran berkata Trump “membuang masa menghantar tweet yang tidak berguna dan menghina” dan lebih baik memberi tumpuan kepada “orang lapar dan gelandangan” di negaranya sendiri.

Duta Trump ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley berkata AS akan meminta diadakan perbincangan kecemasan di PBB mengenai situasi itu.

Rakyat Iran mahukan kebebasan,” katanya di satu sidang akhbar. “Semua orang yang menyukai kebebasan mesti menyokong perjuangan mereka.”

Haley menolak sebagai “mengarut sama sekali” dakwaan Khamenei bahawa protes itu dihasut oleh “musuh” Iran.

Kebebasan yang dimaktubkan dalam piagam PBB sedang diserang di Iran. Puluhan sudah terbunuh. Ratusan sudah ditangkap,” katanya.

Jika sejarah pemerintahan kuku besi di Iran dijadikan panduan, kita boleh menjangkakan lebih banyak pencabulan yang tidak masuk akal dalam masa beberapa hari yang akan datang.”

Presiden sederhana Iran Hassan Rouhani menelefon rakan sejawatannya di Pe-rancis Emmanuel Macron kelmarin untuk menuntut tindakan ke atas kumpulan pembangkang “pengganas” Mujahedeen-e-Khalq yang berpangkalan di Paris dan beliau tuduh menghasut tunjuk perasaan. 

Satu kenyataan dari pejabat presiden Perancis berkata Macron menyeru semua “bersabar”, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan lawatan ke Tehran oleh menteri luar Perancis.

Pergolakan di Iran dipercayai tidak ada pemimpin dan tertumpu kepada kota dan bandar wilayah, dengan hanya protes kecil sahaja dari semasa ke semasa di Tehran di bawah kawalan anggota polis yang ramai.

Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Negara, menyifatkan pergolakan itu sebagai “perang proksi menentang rakyat Iran” dan berkata laporan dalam talian di AS, Britain dan Arab Saudi menggalakkan demonstrasi.

Ramai warga Tehran bersetuju dengan penilaiannya.

Apabila protes berlaku, kita boleh pasti negara lain akan mengambil kesempatan daripadanya dan campur tangan,” kata jurutera seni bina berusia 30 tahun Mehdi Rahmani kepada AFP.

Namun dia juga memahami rungutan ekonomi yang mendorong pergolakan.

Punca sebenar protes rakyat sekadar masalah eko-nomi, masalah pengangguran di kalangan belia,” katanya.

Rouhani pada Ahad lepas mengakui “tiada masalah lain yang lebih besar berbanding pengangguran” dan turut menjanjikan media yang lebih seimbang dan ketelusan yang lebih tinggi. — AFP

Advertisement