Anda di sini

KDNK Malaysia dijangka tumbuh 5.0% pada 2018

Advertisement

Asas pertumbuhan kukuh hasil fundamental dunia yang kukuh

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangkakan menyederhana kepada 5.0 peratus pada 2018, dengan asas pertumbuhan yang kukuh hasil daripada fundamental dunia yang kukuh selain harga minyak yang tinggi.

Menurut laporan Unjuran Dunia OCBC Bank 2018, pertumbuhan ekonomi dunia dijangkakan terus disokong oleh penggunaan swasta, perbelanjaan pelaburan serta perdagangan.

Latar belakang perbelanjaan fiskal daripada bajet yang dibentangkan, dijangka memperkukuh keyakinan pengguna dan pelabur tahun ini,” katanya.

Laporan itu menyebut, tekanan inflasi yang lebih tinggi mungkin merupakan produk sampingan yang natural dengan tarikan permintaan (dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh) dan kuasa tolakan bekalan (harga minyak yang tinggi dan makanan) yang meningkat secara serentak.

Oleh itu, pemantauan rapat bagaimana harga domestik akan bergerak pada 2018, diperlukan.

Bank Negara Malaysia juga membuat ulasan mengenai fleksibilitinya dengan menyelaras tahap dasar monetari yang lebih akomodatif,” katanya. — Bernama

Advertisement