Anda di sini

Tunjuk perasaan baharu gegar Iran

Advertisement

Seorang polis ditembak mati tatkala ketegangan antirejim memuncak di seluruh negara

 Orang ramai melihat sebuah kereta terbakar di Tuyserkan, wilayah Hamadan, Iran                   dalam gambar pegun diambil daripada video pada 31 Disember 2017. — Gambar IRINN/Reuters
HANGUS: Orang ramai melihat sebuah kereta terbakar di Tuyserkan, wilayah Hamadan, Iran dalam gambar pegun diambil daripada video pada 31 Disember 2017. — Gambar IRINN/Reuters

TEHRAN: Tunjuk perasaan baharu meletus di sebelah malam kelmarin dengan laporan seorang anggota polis ditembak mati, ketika pihak berkuasa bertindak menangani beberapa ketegangan di seluruh negara.

Ada kehadiran ramai anggota polis di Tehran ketika kumpulan kecil penunjuk perasaan melaungkan slogan antirejim, lapor agensi tempatan.

Beberapa tangkapan telah dibuat sebelum keadaan kembali tenang di ibu kota, kata laporan.

Televisyen tempatan berkata seorang anggota polis mati dan tiga yang lain cedera akibat tembakan dari senapang memburu di bandar raya Najafabad di tengah Iran.

Tunjuk perasaan terbaharu itu berlaku ketika Presiden Hassan Rouhani berikrar di mana negara akan menangani “penunjuk perasaan dan mereka yang melanggar undang-undang”.

Media merujuk Ali Shamkhani, setiausaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Iran, sebagai menyalahkan keganasan kepada media sosial.

Hastag dan pesanan tentang situasi di Iran datang dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan Arab Saudi,” kata beliau.

Apa yang berlaku dalam media sosial melibatkan si-tuasi di negara ini adalah perang proksi terhadap penduduk Iran.”

Presiden AS, Donald Trump, yang berulang kali mengkritik Tehran sepanjang tempoh empat hari tunjuk perasaan, berkata ia adalah “masa untuk perubahan” dan penduduk Iran “laparkan” kebebasan.

Kementerian perisikan Iran mengeluarkan satu kenyataan berkata “penunjuk perasaan dan penghasut” telah dikenal pasti “dan akan ditangani dengan serius dalam masa terdekat”.

Tentera Pengawal Revolusi mengeluarkan gambar tiga orang yang dikehendaki dan meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang “elemen hasutan”.

Tunjuk perasaan paling buruk berlaku Ahad lepas, dengan televisyen kerajaan melaporkan enam orang mati dalam kejadian tembak me-nembak di bandar Tuyserkan dan seorang ahli parlimen berkata dua orang ditembak mati di bandar Izeh di barat daya Iran.

Dua yang lain, termasuk seorang remaja lelaki, dirempuh dan dibunuh dengan kenderaan bomba yang dicuri penunjuk perasaan di bandar Dorud.

Angka kematian dikaitkan daripada tunjuk perasaan itu ketika ini pada 13 orang.

Rouhani cuba menolak ketegangan, yang bermula di bandar raya Mashhad pada hari Khamis dan dengan cepat merebak ke seluruh negara untuk menjadi ujian terbesar buat rejim sejak tunjuk perasaan besar-besaran pada 2009.

Ini perkara kecil,” kata Rouhani dalam satu kenya-taan menerusi laman sesawang rasmi presiden.

Negara kami akan menangani kumpulan minoriti yang melaungkan slogan menentang undang-undang dan kehendak rakyat majoriti, dan ia satu penghinaan kepada kesucian dan nilai-nilai revolusi.”

Perhimpunan prorejim diadakan di beberapa bandar dan bandar raya.

Laporan mengenai perhimpunan itu tetap ketat tetapi video dalam media sosial kelihatan menunjukkan tunjuk perasaan antikerajaan semakin meluas, dengan serangan ke atas bangunan kerajaan dan sekolah untuk ulama di bandar Takestan di barat laut Iran Ahad lepas.

Tehran berkata kumpulan tunjuk perasaan adalah sa-ngat kecil tetapi ramai yang bersimpati dengan masalah ekonomi menyokong tunjuk perasaan.

Hidup benar-benar sukar. Harga melonjak tinggi memberikan tekanan kepada saya. Suami saya bekerja dengan kerajaan tetapi gaji beliau tidak cukup untuk kami,” kata Farzaneh Mirzaie, 42, ibu kepada dua orang anak.

Rouhani berkata rakyat bebas untuk menunjuk pe-rasaan tetapi kami takut untuk bersuara. Malah sekarang, saya takut untuk bercakap dengan kamu (wartawan),” tambah Sarita Mohammadi, seorang guru berusia 35 tahun.

Pihak berkuasa mengesah-kan lebih 400 tangkapan dibuat sejak bermulanya tunjuk perasaan, dengan sekitar 100 telah dibebaskan.

Trump, salah seorang pengkritik lantang Tehran, menggunakan antara tweet pertama beliau pada tahun baharu dengan menghentam Iran.

Penduduk Iran sudah tertindas sejak sekian lama. Mereka laparkan makanan dan kebebasan. Bersama-sama dengan hak asasi manusia, kekayaan Iran dirampas. MASA UNTUK BER-UBAH!” kata beliau.

Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mendesak Iran untuk menjamin hak untuk me-nunjuk perasaan dan dalam perkara berasingan, Menteri Luar Britain, Boris Johnson berkata “UK melihat insiden di Iran dengan dekat”.

Kami percaya seharusnya ada perdebatan bermakna tentang kesahihan dan isu penting yang dibangkitkan penunjuk perasaan dan kita mahu pihak berkuasa Iran membenarkannya,” kata Johnson dalam satu kenya-taan.

Selepas lama menyepi, media kerajaan mula menun-jukkan beberapa rakaman tunjuk perasaan tetapi lebih memfokuskan kepada golo-ngan muda menyerang bank dan kenderaan, serangan ke atas dewan bandar raya di Tehran dan gambar lelaki membakar bendera  Iran.

Rouhani memegang kuasa pada 2013 dengan janji memulihkan ekonomi dan mengurangkan ketegangan sosial tetapi kos kehidupan yang tinggi dan 12 peratus pengangguran menyebabkan ramai berasakan perubahan itu terlalu perlahan. — AFP

Advertisement