Anda di sini

Sektor hartanah kembali kukuh, berkembang 5 hingga 5.5 peratus

Advertisement

KUCHING: Sektor hartanah akan kembali kukuh dengan menuju ke arah pengembangan sebanyak 5 ke 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya di seluruh negara.

 Menurut Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) cawangan Kuching Sim Kiang Chiok berkata, ramalan kenaikan itu merupakan sumber daripada Bank Dunia dan IMF untuk Malaysia bagi tahun ini.

 “Lihat sahaja industri minyak dan gas turut mengalami perubahan dengan harganya semakin melonjak, negara adikuasa, Amerika Syarikat (AS) juga sedang menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif selain negara-negara Eropah juga sedang menunjukkan pertumbuhan secara perlahan- lahan.

 “Walaupun negara China masih mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam ekonominya, tetapi secara rasionalnya tahun ini akan menampakkan secara jelas bagaimana ekonomi global akan menjadi semakin baik dan memberi kesan positif kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita.

 Membendung kadar inflasi yang lebih tinggi menjadi keadaan sukar bagi manamana negara untuk membuat pinjaman wang daripada AS, walaubagaimanapun, kekukuhan ekonomi di negara itu akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang sihat.

 Ia merupakan berita baik untuk Malaysia kerana negara akan mengalami permintaan bagi nilai eksport, tegasnya lagi.

 Sim berkata, ekonomi negara sememangnya sentiasa berkembang dari tahun ke tahun walaupun terdapat krisis nilai kredit dari AS sejak tahun 2008 lagi.

 Akan tetapi, beliau pasti sektor hartanah merupakan keperluan manusia dan sentiasa mendapat permintaan terutama di kawasan bandar ekoran daripada penghijrahan dari kawasan luar bandar.

 “Pihak kami menyedari bahawa terdapat ketidaksepadanan bagi rumah-rumah yang dibina dengan harga lebih mahal berbanding daripada permintaan pasaran iaitu seperti rumah teres setingkat, pangsapuri kecil dan sebagainya.

 “Baru-baru ini kerajaan telah membentangkan dalam Bajet 2018, sebanyak 50 peratus dikecualikan cukai untuk pendapatan sewa daripada hartanah kediaman yang tidak melebihi RM2,000 sebulan yang disambut baik untuk menggalakkan pemilikan rumah sebagai pelaburan.

 “Oleh itu, kita akan melihat bahawa dalam pasaran hartanah tahun 2018 akan ada penyatuan dan permintaan yang tinggi dan kukuh untuk rumah di bawah RM350, 000,” ujarnya lagi.

 Kerajaan Malaysia sentiasa dapat menguruskan kemerosotan ekonomi untuk pulih seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 ekoran krisis mata wang dunia.

  • oleh
  • Advertisement