Anda di sini

PRU14: Jugah melobi bertanding di Parlimen Lubok Antu

Advertisement

MIRI: Bekas Pengerusi PRS Bahagian Pujut Jugah Muyang melobi bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan adik kepada bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, mendiang Andrew Janggi Muyang tidak menyatakan sama ada bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Jugah, 53, merupakan pesara kerajaan dan anak jati berasal dari Rumah Machau, Nanga Kumpang Engkilili, Lubok Antu.

Berpendidikan Sarjana Muda Sumber Manusia dan pernah bertugas sebagai penjawat awam sebuah jabatan kerajaan perse-kutuan.

Beliau seorang ahli po-litik tidak asing lagi dalam kalangan penduduk setempat malah kerap turun padang bertemu pengundi akar umbi meraih soko-ngan.

Berdasarkan beberapa siri lawatan saya ke bebe-rapa rumah panjang sebelum ini, ramai pihak termasuk ketua masyarakat, tuai rumah dan penduduk setempat memberi kerja-sama dan sokongan padu kepada saya.

Berikutan maklum balas positif daripada penduduk dan pengundi setempat menguatkan semangat saya untuk bertanding di kerusi Parlimen Lubok Antu pada PRU14 akan datang,” kata-nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, penduduk di kawasan Lemanak, Engkari, Batang Ai, Engkilili, Skrang dan kawasan terpencil di Parlimen Lubok Antu pernah dilawatinya masing-masing memberi kerjasama dan sokongan padu kepadanya.

Sebelum ini, Jugah pernah menyandang jawatan pengerusi PRS Pujut sebelum mengambil keputusan berpindah ke Lubok Antu pada 2016 atas permintaan penduduk di kawasan ter-babit.

Selepas itu, beliau dipilih sebagai timbalan pengerusi PRS Bahagian Engkilili.

Menurut Jugah, pengalaman bertugas di beberapa tempat seperti Kuching, Kuala Lumpur dan Miri memberi beliau banyak pengetahuan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Manakala misi dan visi beliau adalah untuk mentransformasikan pembangunan di Lubok Antu secara berkesan agar dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan kepadanya selama ini.

Advertisement