Anda di sini

Jakarta lancar kereta api pertama dari lapangan terbang ke pusat bandar

Advertisement
 Rombongan kereta Widodo meninggalkan stesen kereta api yang baharu dibina di pusat bandar raya semalam selepas merasmikan sistem pengangkutan baharu itu yang menghubungkan bandar raya itu dengan lapangan terbang kira-kira 37.6 kilometer jauh ketika ibu kota Indonesia itu mahu menangani kesesakan yang boleh menjadikan satu perjalanan memakan masa berjam-jam. — Gambar AFP
LANCAR: Rombongan kereta Widodo meninggalkan stesen kereta api yang baharu dibina di pusat bandar raya semalam selepas merasmikan sistem pengangkutan baharu itu yang menghubungkan bandar raya itu dengan lapangan terbang kira-kira 37.6 kilometer jauh ketika ibu kota Indonesia itu mahu menangani kesesakan yang boleh menjadikan satu perjalanan memakan masa berjam-jam. — Gambar AFP

JAKARTA: Jakarta melancarkan kereta api pertama menghubungkan lapangan terbang antarabangsa ke pusat bandar raya semalam ketika ibu kota Indonesia itu mahu menangani kesesakan yang boleh menjadikan satu perjalanan memakan masa berjam-jam.

Sistem baharu menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di luar Jakarta ke pusat bandar raya dalam masa hanya 55 minit, mengurangkan masa pemanduan kepada separuh atau lebih.

Presiden Indonesia, Joko Widodo melancarkan sistem baharu yang pegawai harap akan meyakinkan pengunjung untuk beralih dari peng-angkutan peribadi kepada pengangkutan awam pada laluan sepanjang 38 kilometer kitu.

Jakarta juga membina sistem aliran ringan dan kereta api bawah tanah pertama, dengan perkhidmatan dijangka bermula pada 2019.

Syukur, selepas tiga tahun bekerja keras untuk menyiapkan kereta api lapangan terbang Soekarno-Hatta, pagi ini kita boleh merasmikannya dan kita tahu kereta api ini adalah satu cara untuk menyediakan pengangkutan di Jakarta untuk mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata Widodo.

Kereta api terus itu ber-nilai 3.6 trilion rupiah dengan 42 perjalanan setiap hari. Perkhidmatan bermula dari subuh sehingga sebelum tengah malam.

Kira-kira 11,000 penum-pang dijangka menggunakan perkhidmatan ini setiap hari dengan tiga gerabak me-      laluinya.

Tiket menaiki kereta api ini akan dijual pada 70,000 rupiah untuk dua bulan pertama, naik kepada harga biasa 100,000 rupiah selepas itu – kira-kira separuh daripada kos menaiki teksi.

Indonesia, negara kepulauan terbesar di dunia dan ekonomi terbesar di Asia Tenggara, bergelut dengan kekurangan pengangkutan awam sejak bertahun-tahun dengan Jakarta menyaksikan kesesakan jalan raya mereka adalah antara yang terburuk di dunia.

Pelancaran sistem kereta api ini hadir kira-kira lapan bulan sebelum negara itu menganjurkan Sukan Asia 2018, yang dijangka me-nyaksikan 9,500 atlet membanjiri ibu kota yang sudah padat itu. — AFP

Advertisement