Anda di sini

Bakal turun takhta, Akihito sampai ucapan Tahun Baharu terakhir

Advertisement
 Akihito bersama Maharani Michiko melambai ke arah rakyat jelata yang mengibar bendera Jepun selepas baginda menyampaikan ucapan tradisional Tahun Baharu di Istana Maharaja di Tokyo, semalam. — Gambar AFP
SELAMAT TAHUN BAHARU: Akihito bersama Maharani Michiko melambai ke arah rakyat jelata yang mengibar bendera Jepun selepas baginda menyampaikan ucapan tradisional Tahun Baharu di Istana Maharaja di Tokyo, semalam. — Gambar AFP

TOKYO: Maharaja Akihito di Jepun semalam menyampaikan ucapan tradisional Tahun Baharu dengan puluhan ribu rakyat jelata yang berpusu-pusu ke Istana Maharaja bagi salah satu acara terakhir sedemikian sebelum baginda turun takhta pada tahun depan.

Ia juga penampilan ter-akhir pada Tahun Baharu di sisi Akihito untuk Puteri Mako, puteri baginda yang sulung, yang dijadual mengahwini kekasih baginda sejak zaman kolej pada November akan datang dan meninggalkan kerabat diraja.

Istana Maharaja berkata lebih 73,000 orang meng-hadiri ucapan baginda, ramai mengibar bendera kecil Jepun dan menjerit “Banzai” atau “Panjang umur”.

Selamat Tahun Baharu. Beta sejujurnya gembira untuk meraikan tahun baharu bersama anda,” kata maharaja itu dalam satu ucapan televisyen dari beranda yang ditutup kaca di istana, di mana baginda diapit oleh Mako dan kerabat diraja lain.

Mereka membuat dua penampilan lagi di hadapan orang ramai selepas tengah hari.

Baginda mengejutkan negara pada 2016 apabila baginda menyuarakan keinginan untuk berundur selepas hampir tiga dekad menduduki takhta, dengan menyebut tentang usia dan masalah kesihatan baginda.

Baginda akan menjadi maharaja pertama untuk bersara – pada 30 April 2019 – dalam tempoh lebih dua abad dalam kerabat maharaja paling tua di dunia itu.

Putera sulung Akihito berusia 57 tahun, Putera Mahkota Naruhito, dijangka menaiki Takhta Kekwa sehari kemudian.

Status maharaja adalah sensitif di Jepun mengambil kira sejarah perang pada abad ke-20 yang dilancarkan dalam nama ayahanda Akihito, Hirohito, yang mangkat pada 1989.

Akihito telah menerima dengan bersemangat pe-ranan yang lebih moden sebagai simbol negara – dilaksanakan selepas Perang Dunia Kedua tamat. Maharaja sebelum ini termasuk ayahanda baginda, Hirohito, telah dilayani umpama separa dewa.

Istana, yang dikelilingi tembok batu dan parit berlumut – dibuka kepada orang umum dua kali setahun – pada hari keputeraan maharaja dan hari kedua Tahun Baharu – untuk membolehkan kerabat di-raja bertemu dengan rakyat jelata. — AFP

Advertisement