Anda di sini

Angin kencang faktor nahas pesawat di Costa Rica, 12 maut

Advertisement
 Beberapa bahagian pesawat yang terbakar dilihat di tapak di mana sebuah pesawat ringan           yang membawa 10 penumpang warga AS dan dua anak kapal tempatan dilaporkan terhempas             di Punta Islita, bandar tepi pantai di Guanacaste, Costa Rica kelmarin. — Gambar La Nacion/Reuters
MALANG: Beberapa bahagian pesawat yang terbakar dilihat di tapak di mana sebuah pesawat ringan yang membawa 10 penumpang warga AS dan dua anak kapal tempatan dilaporkan terhempas di Punta Islita, bandar tepi pantai di Guanacaste, Costa Rica kelmarin. — Gambar La Nacion/Reuters

PUNTA ISLITA: Angin kencang dilihat sebagai satu faktor untuk satu kemalangan pesawat ringan di Costa Rica yang membunuh semua 10 penumpang warga Amerika Syarikat (AS) dalam pesawat dan dua anak kapal tempatan, menurut kepada pegawai dan saksi.

Kemalangan, yang berlaku pada hari Ahad di rantau popular di kalangan pelancong di barat laut Costa Rica, Guanacaste, mengorbankan semua yang berada dalam pesawat ringan Cessna 208 Caravan yang dimiliki dan diuruskan oleh penerbangan domestik, Nature Air.

Pesawat terbakar ketika terhempas, menurut pegawai penyelamat dan penduduk tempatan.

Agensi penerbangan awam Costa Rica, berkata juruterbang cuba mendarat di Punta Islita, bandar tepi pantai di Guanacaste, awal hari Ahad untuk mendapatkan penumpang tetapi membatal-kan hasrat kerana “angin kencang”.

Ada banyak angin kencang,” kata salah seorang penduduk di kawasan itu kepada AFP kelmarin.

Beliau berkata apabila beliau dan penduduk tempatan lain tiba di tempat kemala-ngan, di kawasan berbukit curam, “kami tidak dapat melihat, semuanya hitam.”

Beliau menambah: “Bahagian hadapan pesawat terbakar dan bahagian belakang pesawat hanya sedikit tinggal.”

Polis dan anggota bomba tiba dalam tempoh 25 minit ke tempat kejadian, yang berlaku tidak lama selepas tengah hari, kata beliau.

Seorang lagi penduduk, Efrain Rojas, memberitahu akhbar La Nacion di mana pesawat itu “terlalu rendah” selepas berlepas.

Ia ada berputar ke sebelah kiri. Bagi kami, ia kelihatan seperti mempunyai masalah dan cuba untuk kembali ke landasan. Apabila ia berputar, salah satu sayap menegak dan satu lagi sayap terkena pokok,” kata beliau.

Apabila kami tiba, kese-muanya terbakar. Pesawat, apabila ia terhempas, ia me-letup dan terbakar,” kata beliau.

Pesawat terhempas beberapa minit selepas berlepas dari landasan kecil di Punta Islita, di mana penumpang warga AS naik.

Kami boleh mengesahkan kematian 10 warga AS dalam satu kemalangan pesawat di Costa Rica pada 31 Disember 2017,” kata seorang pegawai Jabatan Negara AS menerusi e-mel kelmarin.

Kami mengucapkan tak-ziah kepada mereka yang terjejas dengan tragedi ini,” kata pegawai sambil menambah bantuan konsulat akan diberikan.

Sebuah keluarga lima orang warga AS dari bandar Scarsdale, di pinggir New York, mati dalam kemalangan itu, lapor media AS.

Bruce dan Irene Steinberg dan tiga anak lelaki mereka, William, Zachary dan Matthew, terbunuh ketika percutian keluarga.

Mangsa lain warga AS dikenali sebagai Thibault Astruc, Amanda Geissler, Charles Palmer, Leslie Weiss dan Sherry Wuu.

Juruterbang warga Costa Rica adalah Juan Manuel Retana, 52. Beliau adalah sepupu bekas Presiden Costa Rica, Laura Chinchilla. Pembantu juruterbang, Emma Ramos, juga warga Costa Rica.

Guanacaste adalah destinasi pelancongan popular, terutama sekali di akhir tahun apabila pelancong dari AS dan Eropah membanjiri  tempat itu untuk melarikan diri dari musim sejuk.

Proses mendapatkan mayat berlarutan sehingga lewat hari Ahad dan mayat mereka dipindahkan ke San Jose kelmarin.

Presiden Costa Rica, Luis Guillermo Soils mengucapkan takziah menerusi satu kenya-taan yang disiarkan dalam media sosial.

Solis berkata kerajaannya “memberikan komitmen untuk melakukan apa yang perlu untuk bekerja dengan keluarga mangsa untuk memberikan apa yang mereka perlukan pada masa sukar ini.”

Warga AS adalah kumpulan pelancong terbesar melawat Costa Rica – sekitar 1.3 juta setiap tahun.

Kemalangan udara besar adalah jarang berlaku di Costa Rica.

Kali terakhir kemalangan udara besar ialah pada 26 Ogos 2006 apabila lapan pelancong dan dua anak kapal Costa Rica mati apabila pesawat ringan mereka terhempas ke kawasan gunung berhampiran San Jose. — AFP

Advertisement