Anda di sini

Buat rayuan segera jika nama tercicir daripada senarai penerima bantuan

Advertisement

KUALA BERANG: Ibu bapa atau waris kepada penerima bantuan Dana Awal Persekolahan 2018 Terengganu diminta segera mengemukakan rayuan di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) (Telemong) jika nama mereka  tercicir daripada senarai  penerima dana berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat berkata, keciciran berlaku mungkin atas faktor teknikal ketika mengisi borang secara dalam talian dan pihaknya akan memperhalusi masalah berkenaan.

Kita akan cuba dan melihat masalah ini sekiranya mereka mereka layak dan  berlaku masalah teknikal  seperti kesalahan kad pengenalan dan perkara asas, kita akan bantu dengan pelan sandaran yang kita ada.

Walaupun ia hanyalah RM200, dan jumlah itu mungkin dipandang kecil tapi bagi golongan memerlukan  ...ia sudah cukup untuk meringankan beban seperti petani dan mereka yang mempunyai bebanan anak yang ramai,” katanya kepada pemberita pada majlis Pengagihan Dana Sekolah Menengah dan Rendah DUN Telemong, di sini semalam.

Sebanyak 2,198 penerima yang layak bagi bantuan itu dari DUN Telemong melibatkan peruntukan RM291,800 daripada kerajaan negeri.

Kerajaan Terengganu pada pembentangan Bajet 2018 memperuntukkan sejumlah RM14 juta bagi Dana Bantuan Persekolahan yang mampu menampung lebih 120,000 pelajar di negeri ini. — Bernama

Advertisement