Anda di sini

Benteng penahan ombak di Kuala Besut perlu dinaik taraf

Advertisement

BESUT: Benteng penahan ombak di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut perlu segera dinaik taraf bagi memastikan penduduk yang tinggal di kampung berkenaan terselamat daripada fenomena ombak besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman memberitahu benteng sepanjang 50 meter yang dibina dengan kos kira-kira RM300,000 itu didapati tidak cukup tinggi untuk menahan air ombak hingga menyebabkan lima rumah didiami penduduk dimasuki air.

Justeru, beliau berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya segera mengambil tindakan dan dapat memastikan banteng tambahan dibina di situ sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini.

Saya berharap agar peruntukan diberikan supaya satu benteng tambahan setinggi satu meter dapat dibina segera agar pembinaannya dapat menyelamatkan penduduk terutamanya lima keluarga yang tinggal di pesisiran pantai di kampung berkenaan yang terjejas apabila berlaku ombak besar”, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Katanya, beliau juga bimbang keadaan akan semakin buruk menimpa penduduk kampung itu ekoran  fenomena air pasang besar yang dijangka melanda kawasan perairan Terengganu bermula kelmarin hingga 3 Januari  depan. — Bernama

Bagaimanapun katanya, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya telah meletakkan petugas termasuk anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memantau fenomena berkenaan yang dijangka membawa ombak setinggi 3.5 meter. — Bernama

Advertisement