Anda di sini

Syamel kembali dengan single baharu berjudul ‘Biar Cinta’

__alt__

JUARA Duo Star 2016 yang baharu sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017 dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syamel akan kembali menyemarakkan persada muzik tanah air.

 Selepas kejayaan memberangsangkan single pertama ‘Hidup Dalam Mati’ dengan tontonan melebihi 15 juta di laman sesawang YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’ dengan 3 juta tontonan dan single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri dengan tontonan hampir 6 juta, Syamel kembali dengan single terbaharu ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama komposer dan penerbit Edry Abdul Halim.

 Bintang naib juara Akademi Fantasia 2015 ini kian menyerlah sejurus berakhirnya rancangan realiti TV tersebut di mana bakat beliau bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai komposer mula diberi perhatian.

 Lagu-lagu ciptaan beliau juga sentiasa menjadi hit di corongcorong radio seluruh negara dengan permintaan yang tinggi dan paling membanggakan apabila lagu ‘Aku Cinta’ bakal berentap di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-32.

 Vokal lantang yang dimiliki Syamel sememangnya menjadi trademark beliau sejak mula diperkenalkan melalui Akademi Fantasia 2015 dan pada singlesingle terdahulu, Syamel seperti menyuntik ‘roh’ ke dalam setiap lagu dan ia terasa seakan ‘hidup’ apabila dinyanyikan oleh beliau sewaktu membuat persemabahan.

 “’Biar Cinta’ merupakan single saya yang terbaru di mana ia menceritakan tentang perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tetapi telah melukai hatinya kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri dan teman wanitanya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

 “Saya amat teruja kerana sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menghasilkan dan merakamkan single ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan saya sendiri dan mendapat bantuan profesional daripada penerbit terkenal tanahair iaitu Edry Abdul Halim.

 “Banyak yang telah saya pelajari apabila bekerjasama dengan beliau dan pengalaman yang ditimba sangat berharga.

 Hasilnya, sempurnalah ‘Biar Cinta’ istimewa buat peminatpeminat saya di luar sana,” jelas Syamel.

 Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Syamel, walaupun baru di dalam industri muzik Malaysia, tetapi saya percaya dengan bakat yang beliau ada dalam mencipta muziknya.”

Lagu ‘Biar Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilannada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh distrim di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

 Video lirik dan muzik lagu ‘Biar Cinta’ ini boleh ditonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.