Anda di sini

Bekas bintang bola sepak presiden baharu Liberia

Advertisement
 Penyokong meraikan pengumuman Weah sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia di Monrovia, kelmarin. — Gambar Reuters
RAI: Penyokong meraikan pengumuman Weah sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia di Monrovia, kelmarin. — Gambar Reuters

MONROVIA: Bekas bintang bola sepak George Weah di-umumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden di Liberia kelmarin, selepas dengan mudah menewaskan pencabarnya dalam pemindahan kuasa demokratik pertama di negara itu sejak tujuh dekad lalu yang dicemari perang saudara, pembunuhan politik dan krisis Ebola.

Selepas hampir semua undi dikira, Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Negara (NEC) Jerome Korkoya berkata keputusan muktamad akan dikeluarkan Jumaat (waktu tempatan), tetapi Weah tidak membuang masa untuk me-nuntut kemenangannya.

“Rakyat Liberia sekalian, saya amat merasai emosi seluruh negara. Saya mengu-kur kepentingan dan tanggungjawab tugasan begitu mencabar yang saya terima pada hari ini. Perubahan akan berlaku,” beliau menyebut dalam Twitter.

Ratusan penyokongnya keluar beramai-ramai di Monrovia untuk bernyanyi, menari dan memeluk satu sama lain selepas berita tentang kemenangannya tersebar.

“Saya tidak pernah begitu gembira dalam hidup saya. Kami menjadi pembangkang selama 12 tahun. Kami akan mencipta sejarah, seperti apa yang dibuat oleh anak-anak Afrika Selatan. Saya begitu teruja,” kata Josephine Davies selaku naib presiden bahagian pemuda dalam Kongres bagi Perubahan Demokratik pimpinan Weah.

“Kami sudah menunggu selama 12 tahun, sekarang kuasa akan diberikan kepada rakyat.”

Weah, 51, bakal mengganti-kan Ellen Johnson Sirleaf, yang mengambil alih kuasa pada 2006 sebagai peneraju kerajaan negara barat Afrika itu yang ditubuhkan untuk hamba yang dibebaskan.

NEC berkata Weah memenangi 61.5 peratus daripada undi dalam pemilihan pusingan kedua pada Selasa lepas, setelah ia ditangguhkan selama beberapa minggu ekoran cabaran undang-undang dari calon lawannya, Naib Presiden Joseph Boakai, selepas pusingan pertama pada Oktober lalu.

NEC berkata selepas 98.1 peratus daripada keseluruhan undi selesai dikira, Boakai hanya mendapat 38.5 peratus sahaja sokongan.

Sebelum pengumuman ke-putusan kelmarin, anggota polis bersenjata dan bertopi keselamatan ditugaskan di luar ibu pejabat badan pilihan raya manakala penyokong Weah berhimpun dan mula bergembira.

“Rakyat Liberia jelas sudah membuat pilihan mereka, dan bersama kita sangat yakin dengan keputusan proses pilihan raya ini,” tweet Weah sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Pejabat Sirleaf berkata ia sudah menubuhkan sebuah pasukan “untuk pengurusan yang baik dan pemindahan kuasa eksekutif yang teratur daripada seorang presiden yang dipilih secara demokratik kepada seorang lagi”, dan menambah ia turut dianggotai beberapa menteri. — AFP

Advertisement