Anda di sini

Sheila On 7 kembali ubat kerinduan peminat di M’sia pada 10 Feb ini

__alt__

PENANTIAN peminat kumpulan lagenda popular Indonesia, Sheila On 7 di negara ini bakal berakhir dengan kemunculan artis kesayangan mereka sempena konsert ‘Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018’ pada 10 Februari depan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall.

 Sheila On 7 dalam kenyataan berkata, konsert berdurasi dua dan setengah jam itu, bakal membawa peminat mengimbau kembali kegemilangan lagu-lagu hits daripada album pertama mereka termasuk lagu ‘Sephia’, ‘Pria Kesepian’, ‘Melompat Lebih Tinggi’, ‘Seberapa Pantas’ dan banyak lagi.

 Penampilan ahli kumpulan seperti Brian, Duta, Eros dan Adam sekaligus mengubat kerinduan peminat terhadap zaman popular kumpulan itu di negara ini.

 “Selepas hampir setahun menyepi daripada industri muzik Malaysia, kami kembali dengan konsep konsert yang berbeza bagi menghargai sokongan peminat yang sentiasa setia dengan kami di rantau ini terutama Malaysia.

 “Kali terakhir kami menemui peminat di sini pada Mac 2016,” katanya.

 Konsert yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu turut memberi peluang peminat untuk bertemu dengan ahli kumpulan tersebut menerusi pembelian tiket Meet & Greet bernilai RM315 yang turut menawarkan barangan percuma.

 Lain-lain tiket bernilai RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver) mula dijual sejak 21 Disember 2017 di www.mytickets.asia.

 Bukan itu sahaja, pihaknya juga menyediakan potongan harga sebanyak 15 peratus untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet), tambah beliau.

 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari laman sesawang www. shirazprojects.com.

 — Bernama